Friday 23 September 2011

Life as a beautiful person makes life beautiful part 1 "walking down memory lane"

If you love yourself, make yourself beautiful inside and out, you will feel like on top of the world! like a Queen or Princess! The world is your oyster...the cards is in your hands!


Hello gorgeous people, this topic is one of my favourite because its about being beautiful, how beautiful this life is as a beautiful person and i don't mean on the outside only, but both are equally important, kalau uols pernah berada ditempat I, zaman remaja tak chantek, awal 20 badan sebesar besarnya dan akhirnya berjaya menjadi tarikkan di pertengahan 20-an uols akan faham erti pentingnya kecantikkan luaran dan dalaman

Kita hidup dalam dunia yang superficial, sampai ada pepatah " dari mata turun ke hati". Disini kita nampak betapa pentingnya kecantikkan luaran, sadly but its the truth, so thats why I nak cerita pasal kecantikkan luran dulu, apa yang saya rasa dulu masa takder kecantikkan luaran sampai saya dianugerahkan, dibukakan mata oleh Allah yang saya juga sebenarnya ada rupa orangnya...bukan nak meninggi diri, jauh sekali no no no, but saya nak share tentang how people can be so superficial! Manusia memang suka pandang rupa/luaran dulu...walau apa pun kata mereka...

Sepanjang saya di usia remaja dulu, saya tak pernah rasa menjadi cantik, or good looking, kalau orang nak kenal saya pun sebab sebenarnya nak kenal dengan kawan I...saya dah la berbadan besar, tinggi, kulit kusam dan gelap...memang takder rupa...tak terfikir nak melawa pun sebab memang masa zaman sekolah tak cantik...so saya ingat itulah jalan hidup saya and that is all i ever knew...that was my life...and so I thought...I didn't try anything at all masa sekolah...I just let it be...

Zaman Sekolah


After sekolah, barulah ditegur mak tiri I, dia lah mula mula kenalkan Citra Ayu, masa zaman tu Citra Ayu terkenal dengan pemutihan kulit, Alhamdulillah better and banyak juga perubahan sampai kawan baik pun tegur...kalau tidak kudis yang ada kat muka pun tidak kuhiraukan, so disini I nak berterima kasih pada my stepmom and Citra Ayu...itulah tangga pertama...

Zaman University pula, kulit makin pulih tapi badan makin besar, kulit jer cantik tak mencukupi di mata manusia manusia yang perasan bagus sebab diorang cantik nie...mindd you, saya berikhtiar nak mencatikkan diri dari segi kulit dan badan bukan kerana orang lain tau, semuanya saya lakukan untuk iri sendiri dan ternyata puas, sebab saya sayangkan diri sendiri, kerana diriku begitu berharga..gitueeeeeeeee...sebab kalau tidak saya memang berada dalam keadaan kemurungan sentiasa, saya tahu saya akan depressed kalau saya tak lalukan apa apa...kesihatan pun terganggu, macam mana badan tak besar masa sekolah, Coke 7 botol besar dalam masa 5 hari, setiap hari selain masakan rumah, burger wajib beli almost every night and bukan beli satu dua, beli sekali 6 biji! malam malam if lapar makan jer burger tu dimana saya rasa selalu lapar...walhaal dah makan malam masakan rumah...disekolah pula tak pernah nak bersukan, saya akan suruh doctor kawan mommy buatkan surat mengatakan saya tidak boleh bersenam padahal malas...saya jadi guard jaga barang barang bebudak yang pergi senam jer...sebab "gaya hidup" macam tu lah badan gemuk, tak jaga kulit, bila tengah makan saya selang seli dengan minu kalau tak tak puas, bukan air kosong, mesti coke lah, air manis lah apa lah...Nasib baik Allah melindungi saya..."life style" saya jadi macam tu semua akibat dari tekanan...saya memang battle with depression dari remaja rupanya! Memang bukan dari perhubungan saya dengan ustaz A...

Pernah tak anda ternampak sesuatu tempat, terhidu sesuatu perfume or kedai, restaurant, shopping mall. terpandang sesuatu benda...mengingatkan anda sesuatu atau seseorang? Contohnya bila kita hidu bau hujan atau perfume, ia boleh membawa kita pada suatu memori, or bila kita terlihat sesuatu tempat dimana kita dan seseorang pernah bermesra, atau bergaduh kita teringat sesuatu samaada menyenangkan atau menyakitkan hingga kita pejam mata dan tarik nafas dalam dalam dan tersenyum atau terkesima? Seperti bau cekodok pisang nenek sealalu masak membawa kita ke zaman kanak kanak yang penuh dengan keriangan...saya selalu teringat arwah opah, bau dia, masakan dia, juga masa saya hadapi tekanan saya dengan Ustaz A, bila saya terhidu bau bilik Imam, bau pewangi dia selalu pakai, atau orang yang berpakaian seperti dia membuatkan jatung saya berdegup pantas dan pejam mata...memang sesuatu tempat, bau, lokasi, rasa dan lain lain  boleh membawa kita ke sebuah memori, ke satu ketika...ada yang membuat kita tersenyum rindu, ada yang membuat kita shahdu...

Masa saya tingkatan 4, mommy dah mula bawa saya jumpa psychiatrist, ingat lagi masa tu hospital Pantai di Bangsar, saya tak kesekolah selama 2 bulan, saya tak duduk rumah, rumah kawan kawan saya semuanya berada, so saya selalu bermalam rumah diorang...mommy pun macam tak kisah...abah pun tak kisah diorang dah berpisah, abah dok jauh, mommy sibuk ngan businessnya, seperti saya cerita dalam chapter permulaan, mommy and abah jadi parents yang baik hanya selepas kejadian dengan Ustaz A, masa tu saya all out tekanan, hikmahnya kami semua jadi faham memahami, tapi masa zaman sekolah...memang saya rasa kosong, sunyi kalau ada dirumah...tercari cari siapa saya...satu saunya kawan baik saya dah jadi maknyah dan melacur! Saya ingat dia lagi, memang takkan lupa...padahal dia sangat bijak masa sekolah, dia aliran sains, dia berhenti sekolah beberapa bulan sebelum SPM! Hanya kerana ikut kehendak hati, sayangnyaaaa! wahai pembaca yang saya sayangi sekalian...tak kira siapa pun kita, janganlah ikutkan hati, pelajaran tu penting, malah bukan setakat disekolah jer, belajarlah samapi ke liang lahad...everyday is a learning process, setiap kali saya ingat dia saya rindu sangat, kali terakhir saya jumpa dia itupun terserempak di Pink Triangle, dia baru kena potong rambut sebab kena cekup dengan puhak berkuasa...and dia kaki dadah tapi Alhamdulillah masih belum teruk, dia melacur di HongKong...Astaghfirrullah...saya harap sekarang dia makin better, ramai kawan lama saya jumpa balik di Pink Triangle...semua dah jadi insan insan berguna menolong orang lain...Maknyah maknyah sekarang Alhamdulillah semuanya educated...semua pegang jawatan tinggi and study tinggi tinggi...dah tak macam dulu jadi hamba cinta lelaki yang suka gunakan maknyah untuk kepuasan sex dan duit, NO MORE NOW! Now lelaki tu yang jaga maknyah! ingat bulan puasa baru baru nie...saya buka puasa di sebuah hotel 5 bintang, aa satu kumpulan maknyah buka puasa, semua lawa lawa, and pasangan yang kaya kaya and educated....YES thats the way its always should be...

Zaman Lot 10

Dengan kawan saya tadi lah pertama kali saya ke Blue Boy di jalan Bukit Bintang...masa tu zaman Lot 10, seronok sangat, setiap hujung minggu macam Mardi Grass! semua maknyah, perempuan, lelaki, zaman bohsia bohjan, pengkid, lessy, punk, skinhead, underground, alternative, models turun lot 10, macam macam gaya...zaman 90's memang seronok...bukan macam sekarang, semua nak pose class jer pergi lepak Pavillion, dok kat Starbucks 5-6 jam secawan latte...kami dulu ada tea dance, semua berarak dari lot 10 ke Kl Plaza(now ferenheit) ada macam macam gaya! maknyah dengan macam macam gaya, ada yang buntak tapi pakai seketat ketat alam! siap ada choker yang macam nak choke leher dia! bebudak punk and skinhead dengan gaya diorang, model models pun selalu dilihat macam Anita Aziz, Tengku Azura, Nasha Aziz and gang gang diorang, somehow model model 90 an are the best, the term "Supermodels" di ciptakan masa zaman tue, dengan adanya Christy Turlington, Cindy Crowford, Linda E, Naomi Campbell, Kate Moss, model model sekarang cuma Giselle yang saya suka...tempat kitorang paling class at that time was Coffee Bean KL Plaza, siapa dok situ class dah! masa tu umur I 16 sampailah 18, ada Tower Records, where semua pekerja berangan macam dalam filem Empire Records kisah bebudak muda kerja kat kedai kaset, CD lagu, magazines and all...we all also suka tengok abang abang kerja Guess boutique, masa tu kat Lot 10...semua ensem ensem...selalu kalau hujung minggu lepak sampai malam, seberang jalan dari KL Plaza, is jalan menuju ke Blue Boy...bila malam semakin larut...berbagai drama pulak kat dpan 7E tue...and ada lorong kecil nak kebelakang meuju ke Blue Boy, club yang paling lama dalam sejarah KL kowt! hehe sebab murah, a little dodgy but if nak entertainment murah just for the fun of it, so what? masa tu zaman Nirvana, The Cranberries, Weezer, Smashing pumpkins...and macam macam lagi, its the "grunge" time...

Zaman zaman tu lah saya mencari diri sendiri, umur 16, tengok and belajar dari kerenah and cerita orang. Alhamdulillah nasib baik saya bukan senang kena influence, dalamfamily saya semua perokok kecuali saya...that shows saya mukan mudah terpengaruh, if people ask me " what do you do?" I will answer "what ever I like" up untill today...Masa tu saya ada boyfriend budak skinhead, bila dia lepak rumah saya dia bawa kaset dia...one of the song yang saya suka is from Led Zeppelin "Stairway to Heaven", bila saya dengar lagu tu saya tak tahu kenapa saya selalu bayangkan lorong sunyi tu, lorong kecil yang menuju ke Blue Boy, lorong lorong yang sunyi, hati saya bukan lonely, but empty...I miss my ex boyfriend, budak skinhead, nama dia Mohd nor Amirul Aziz, yes manusia yang singgah dalam hidup kita memberi kesan yang sangat mendalam...when i think of him, I rasa tenang, cold and dark but beautiful...its not easy walking down memory lane with his name, good looking, hampir botak, dah nama pun skinhead kan? beautiful eyes, with luscious lips, dark and handsome, he reminds me of Tyson Beckford cuma jauh lebih cerah, and yes...twas love... he's the first guy to kiss me walau cemana pun rupa saya...but he gotta go, so I let him and may his memory remains with me up until today...

Masa zaman sekolah nak ada orang terpikat kat saya tu jauh sekali la, semua suka dekat kawan kawan saya sahaja, it was acctually very depressing and sangat sedih coz kita pun nak perhatian jugak, so balik rumah jer sebabkan tension, apa lagi nak hilangkan tension makanlah...kawan baik saya Rashidah is one of the nicest girl, selalu temani saya kalau saya lonely and empty, masa tu umur 14 dah start clubbing, saya suka main bowling..dia pun ikut bila weekends tapi kami tak minum and merokok...saya jenis susah nak terikut ikut orang, i'm my own person...

My God I was so depressed when i was in my teens, battling with depression wasn't easy...Dalam rumah ada domestic violence, masa tu pulak bapa tiri kalau dah mengamuk suka pukul mak kiter...aduihhh, betapa takder ketenangan dijiwa bila keadaan dirumah macam tu sekali, masa tu macam mana saya nak faham erti kasih sayang bila kat rumah sendiri takder kasih sayang? Abah selalu cari kesalahan saya bila saya gi umah dia...Alhamdulillah sekarang semuanya dah tak macam dulu, sejak peristiwa Ustaz A, diorang dah berubah seperti yang saya ceritakan dalam Chapter yang lepas lepas, mommy dah jadi mak yang paling best, abah pun sama, dulu saya tak pernah rapat dengan adik saya but now saya sangat rapat and sayang sangat kat dia...mak tiri saya pun makin best sekarang kecuali bapa tiri saya, kami hidup berlainan rumah dah sekarang...dia biaq pi...lelaki kaki pukul nie ada lah lelaki pondan! itulah sepatutnya definisi seorang PONDAN! Lelaki pukul perempuan yang lemah!~that's pondan~Lagi satu bila mak saya yang cari pendapatan and dia duduk mengangkang kat umah! I mean Literally! bebetul mengangkang kat umah depan TV sambil maids hidangkan makanan, minuman, macam raja! Alhamdulillah sekarang dia dah berubah dari segi kerja, now rajin pulak maybe nak tarik perhatian my mom balik...at least dia ada lah tolong my mom masa kami tengah susah sekarang nie...

Now, setelah saya fahami erti "sayang diri sendiri", love yourself before you love others" that's one of the reason I wrote this memoir, untuk sedikit sebanyak menolong adik adik, pembaca pembaca semua turut menyayangi diri anda semua with honor and respect, then people will love you for who you are...

Sambung kisah cantik tadi, dunia nie memang banyak yang pandang rupa, teringat satu masa saya ke club dengan kawan kawan college, waktu tu saya pergi dengan kawan kawan model saya yang memang cantik cantik, masa saya sampai club tu kawan diorang yang saya tak kenal belum sampai, bila diorang sampai, kawan saya pun mengenalkan saya pada diorang, INILAH satu pengalaman yang saya takkan lupakan, diorang salam pun taknak! sorang jer salam sikit sambil pandang atas bawah! waahhh betapa mereka downgrade saya masa tu, kebanyakkan masa tu semua kacukkan, yang sorang ni muka masam jer, tak sorang pun bercakap dengan saya, saya pun bosan, yang sorang ni bawa BF, BF dia macam sayang gila kat dia dok depan dia jer macam bodyguard! then pompuan tu gi toilet, saya pun tak tahan terus balik rumah tinggalkan semua orang, saya selalu buat macam tu bila saya diketepikan, masa nak keluar saya terserempak dengan pompuan bengong tu, jalan tu sempit so dia terus berpeluk tubuh umpama nak saya yang bagi jalan kat dia, ingat saya bagi?!!! no no no! saya pegang bahu dia tolak dia kat tepi saya jalan terus!
Lonely, Empty dan tercari cari

Memang waktu saya gemuk dalu saya selalu rasa diperkecilkan, pernah tak uols rasa? uols tak lonely tapi EMPTY, meja panjang, sambung meja lagi, tapi tak sorang pun bercakap dengan kita...semua sibuk bersocial...saya terus tinggalkan diorang and balik terus...ada yang kejar, saya tahan teksi terus balik...Satu peristiwa yang saya tak dapat lupakan is saya di Hard Rock dinner kat sana dengan kawan saya yang memang cantik, kebanyakkan kawan kawan saya cantik cantik, rupanya baru saya tahu ada juga jenis  orang cantik suka berkawan dengan orang tak berapa cantik untuk dapat perhatian lebih...dia jer nak perhatian, tapi masa kat Hard rock nie kawan betul kawan, dia kaya and cantik, dia baik dengan saya...so ada satu mamat bodoh nie nak berkenalan dengan dia, selalunya f lelaki nak berkenalan dengan kawan kawan saya diorang mesti dengan sopan nak kenal saya sekali, adatlah kan? ini tak!  saya macam tak wujud! dia nak belanja kawan saya minum, paksa...kerna terpaksa kawan saya order satu air, lepas tu masa waiter datang hantar air and bill, dia buka wallet dia suruh kawan saya pilih credit card dia, dia light dengan lighter lagi! aduihhhhhhhhhhh kelakarnyaaaaaaa!!! ada juga lelaki nak pancing pompuan dengan cara hina macam tu sekali, dia ingat semua perempuan boleh dibeli dengan duit and harta benda??? Kawan saya terus bisik kat saya, "I belum tunjuk Platinum card I lagi" pastu kitorang gelak and chow! So saya tak tahu nak "love myself" I have no clue how because no one seems to love me...

So saya mula ada bf sejak umur 15 tahun, I thought I need to love somebody to prove i love myself, saya ingat itu lah caranya, Sya rasa bukan saya sorang, ramai yang ingat macam tu, pernah tak uols rasa bila dapat perhatian lelaki/perempuan baru uols rasa disayangi? If kawan lain dapat perhatian uols rasa down, so forever macam tu demi nak rasa kasih sayang dalam diri? I learn how to love myself the hard way...tapi Hikmah dari Allah...sejak dari peristiwa Ustaz A...setelah semua tekanan yang amat dasyat saya lalui and pikul...at the end of the day, selepas saya cederakan diri sendiri, selepas segala drama, segala hospital, akhirnya tidak ada sesiapa dapat menolong diri kita selain kita sendiri.

Zaman ada duit VS Zaman takder duit

Cuma waktu zaman tu, saya ada duit sebab family saya in business kan, tapi tension tak bleh beli baju sebab takder size, so kawan kawan yang suka hangout masa tu suka hangout dengan seya sebab saya ada duit and nampak classy la jugak, ramai juga yang kenal saya, saya pun hairan kenapa...haaa ni zaman kawan kawan plastic, yesss zaman nie pun ada verangan class! sebenarnya semua zaman ada...takder bezanya...padahal budak biasa jer...tapi tak boleh lepak mamak lah, geli lah and macam macam lagi...masa zaman saya paling banyak duit and ada credit card dulu sebab kerja dengan company my mom, waaahhhhhhhhh meja saya memang panjang kalau makan kat dome and semua nak menyendeng kat aku sebab nak suruh aku belanja, birthday saya semua di service apartment, hotels, Hard Rock, Club yang in crowd, sewa bilik hotel, baju branded tapi semua size besar...but now, tengah takder duit, takder sekor pun kawan zaman zaman tu yang melekat sebab pada masa saya tulis blog nie, saat ini di tarikh nie, kami sekeluarga tengah susah, nak beli ubat saya pun sometimes takder duit (i'm still on medication), saya belajar naik bas sampai kaki tersepit kat pintu bas, aduiihhh sakitnyer, nak menjerit malu, berhimpit himpit, kena hujan! inilah ujian dari Allah...uols doakan kami yerrr...now we are getting a little better...Alhamdulillah

Kawan kawan yang melekat and sedia terima saya seadanya is kawan kawan di Limkokwing, terima kasih jadi kawan saya, walau susah senang saya, gemuk kurus saya uols terima saya seadanya...and kawan kawan yang diluar college yang sama love me for who I am, thank you, I love you all, saya bersyukur jumpa uols semua...bila kita takde duit, masa nie lah kita dapat tahu siapa kawan kita sebenatnya or yang jenis menyendeng masa kita senang jer! I think ramai yang faham apa yang saya maksudkan...saya tak dapat lupa kisah kawan baik saya "waktu tu" nak pinjam duit sebab kereta husband dia nak kena tarik, sebab kawan baik punya pasl saya terus bagi pinjam rm 3000, janji nak bayar seminggu rm400 sampai habis, sampai la! dah 6 tahun tak bayar apa apa pun...siap saya yang kena maki dengan husband dia! siapa kenal Zazrian and Farah Nabila, dua dua dari Subang Jaya sila bagitau saya yer! kalau kita baik sangat dengan orang macam nie lah jadi nya...kena pijak! Now I'm definitely a new person, don't mess with me unless you're hungry for my heels! Kalau lah masa tu saya tak fragile sangat, dah lama kena teruk dengan aku. I think the reason saya jadi macam tu sebab saya taknak so called "kawan kawan" saya hilang, nanti saya lonely...itu dulu babe! now no more, takder orang yang lebih saya sayang kecuali diri saya sendiri...I love myself so much now...

next episode saya akan cerita macam mana hidup selepas Allah kurniakan saya rupa, shopping kat mana best, tak payah branded to look sexy and classy, seperti yang saya janjikan masa Chapter 1 dulu...stay tuned ok my lovessss, my darlingsss...








2 comments:

  1. Knp dh aktif posting ? I love ur writing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum Anis...thank you sbb suka my writings...I've not been so well lately...memang banyak nak tulis n cerita...cuma if I tukar pada Vlog ok ke u masih suka I blog?

      Delete