Tuesday 14 June 2016

Ice Cream McD Baru

Semalam gi Tesco depan rumah, terlepas waktu berbuka, akhirnya ingat nak beli ice McD, ada perisa baru, Ice Cream McD Cendol and Cendol Vanilla, rasa macam takut takut jugak nak beli takut tak sedap, cane rasanyew ek? pastu I tengok one Chinese girl beli depan I, lepas I tengok dia rasa i terus sergah dia nasib baik tak terpelanting Ice cream dia, I tanya dia nice aaa???? dia angguk je, so i decided nak try tanya that counter lady, a middle age Indian lady and very politely she said very nice dear. So I pun beli and rasa dia for me it's heavenlyyyyyyy, hamaigaaadddddddd dah ketagih la pulak, next tome nak try cendol vanilla pulak...

I'M BACK! Chapter 2, LOVE, KAHWIN PENYELESAIANNYA? THERE'S NO GUARANTEE HONEY! WAKE UP! DO THE RIGHT THING!






Assalammualaikum, selamat berpuasa...hurry jom kita kaut kaut sebanyak amal yang boleh di bulan yang mulia ni. Kawan I Vivien sampai 20 rakaat haaa jealous I! Anyways my darlings...today we r going to talk about depression, gentle reminder that my blog will start from the first day i stop writing untill forever, and I will selit selitkan what is going on with me now, what makes me who i am today, Now I am so much wiser compare to the last 6 years. Learnt a lot about live, the world, love, more firm, very firm...I have no trust in people, but i do have faith in them. It is a cruel world indeed, but there's a beautiful side of the world, it's all up to you which side u wanna go. Dunia/duit boleh menghancurkan seseorang dunia dan akhirat atau boleh jadi umpama syurga didunia dan akhirat bagi mereka yang memilih cara yang betul.



Well well, Depression...my darlings...please try to avoid it coz it is really really hard to cure, malah tadi saya susah sangat nak bangun, terasa dihimpit tak boleh bernafas, tolong saya mohon jangan biarkan tekanan/kemurungan/depression memasuki system tubuh kita. The unbareable pain. Pada I, kemurungan ni bila hati yang control otak kita, tu sebab ramai yang ikut hati lalu terjadilah bunuh diri, merosakkan diri, self destruction, self medicate in the wrong way. So if rasa kemurungan menghampiri cuba alihkan kepada otak yang control hati kita. Yes pada yang dah lama mengikuti blog I diorang tahu betapa sakitnya kemurungan...so ada dalam chapter chapter awal if sudi go through it. Banyak kali i rasa penat nak menghadapi benda yang sama, makan ubat doctor, ok sekejap atau tak ok langsung, i akan rasa ngantuk then tidur pastu esok sakit balik, cederakan diri sendiri, kemudian i sedar depression i bermula dari kecil, masa parents saya bercerai. Masa i kecil my father was a social man, he's a true father figure, dia jenis setiap weekends semua kena bangun breakfast sama sama no one left behind. Hampir setiap hujung minggu ada ikan bakar, family and friends datang, so masa i kecil i feel contented, happy, hati rasa penuh. tiba tiba hilang begitu sahaja selepas parents i bercerai. Arwah pah pindah rumah, no more weekends parties, arwah atuk pun tak datang dah...tetiba kosong, dari situlah mulanya depression i bila i imbau kembali where my deprssion starts.Saya mula jumpa psychiatrist bodoh dari hospital Pantai masa umur 16, typical age of rebelliousness...Then after dengan Imam masjid tu baru lah betul betul jumpa psychiatrist, mula mula jumpa Professor di Ampang Puteri, kemudian dipindahkan doctor ke UMMC sebab di Ampang Puteri tu terlalu sibuk di HKL, Ini lah dunia typical, masa tu my mom tengah ada duit, so di PPUM semi government n kita boleh pilih nak ke government atau private, mula mula i ke private, wahhhhh manis kata kata Prof Hussein head of psychiatric, "u r too beautiful to die lah" mcm mcm lagi, tapi bila my mom dah jatuh n tengah susah dan i dipindahkan ke goverment, dia layan tak layan, siap boleh angkat phone lagi cerita pasal golf, i kat tepi tu mcm termangu...dunia dunia...akhirnya saya tukar doctor, now with Doctor Rasyid yang workaholic dan nampaknya very passionate about his job walaupun sometimes dia angkat phone during session but dia minta maaf dan seboleh bolehnya menggunakan masa secukupnya dengan i.  If anyone need a psychiatrist i highly recommend Doctor Rasyid and ass for psychologist Elsie is a good listener in PPUM.

Satu masaalah... most of Malaysian, diorang banyak masaalah, lost, confused...tapi salah anggap untuk jumpa psychiatrist, pada mereka jumpa psychiatrist je bermaksud mereka gila. Darlings that's not true, kita semua ada blind self yang kita tak nampak tapi orang lain nampak, Terutama if kita lost n hilang arah...psychiatrist dan psychologist boleh membantu kita dengan meneliti dan mendengar apa kita ceritakan kemudian mereka tak akan judge dan menyuruh u buat sebarang keputusan, u choose yourselves kecuali kita benar benar minta pendapat mereka pun tak terus bagi jawapan, mereka bagi banyak options, if plan A apa risikonya n kebaikkannya begitulah dengan plan B dan C...tu sebab Malaysia one of the country yg penuh dengan orang panas baran yg tak terkawal, kemurungan dan gangguan emosi. If u feel down n u cannot take it go make an appointment, tak perlu ambik ubat if u taknak...n if malam malam rasa sedih i suggest call BEFRIENDERS...

So macam ni kesimpulannya, I dah penat mencari jawapan jawapan yang tiada penghujung, lebih kurang 10 tahun, i dah tak tahan, makan ubat makan ubat makan ubat!n now pun masih makan ubat but depression masih ada, so i terus jumpa semua, psychologist, psychiatrist and a counselor...2-3 years after that, i realized and ni yang i nak share dengan u all,

I really hope apa yang I lalui ni boleh membantu pembaca I, THIS IS VERY IMPORTANT pada yang rasa rasa sedih dan hampir kearah kemurungan, Selalunya Kemurungan/Depression adalah ujian atau kesilapan kita sendiri, kematian seseorang yang kita sayangi, putus cinta/tunang/cerai, so kita rasa tak guna utk hidup lagi, my case boleh dikatakan heavy, penceraian parents, bapa tiri kaki pukul sampai berdarah darah muka mata hidung, 5-6 kali la jugak dia pukul i, mula mula my mom tak bagi report polis tapi kali ke 5 dan 6 saya report, anyone out there beberapa benda lelaki buat yang u harus tinggalkan mereka sebab benda ni dalam system mereka, impulsive n susah nak ditinggalkan iaitu kaki pukul, kaki judi, kaki minum, please tinggalkan je, kemudian banyak kali heart breaks terutama dengan imam tu, business parents dua dua jatuh, dari ada credit card, kereta, Merc, Estima, Jaguar satu persatu Allah ambil utk duga kami sekeluarga, saya susah SUSAH sangat nak cari kerja sebab masaalah gender di Malaysia ni, saya pernah gemuk kurus gemuk kurus I was a model for awhile, saya rasa saya ada tulis dalam chapter chapter sebelum ni. masa I modelling dulu saya dapat lihat how superficial people can be, sama mcm masa ada duit, again i tekankan 3 perkara kita perlu ada, otak yg boleh berfikir dengan rational, beauty n cantik n good looks, n kemahiran/kerjaya nboleh berdiri with your own feet...sbb if isteri ditnggalkan gantung tak bertali contohnya, boleh berdiri dikaki sendiri tanpa mengharap apa apa dari orang tak guna...dari segi rupa, dulu saya pernah terlanggar kereta orang, kereta berpusing nasib baik saya tak jatuh jambatan, saya nampak kereta yang saya langgar tu berhenti dua orang keluar dengan muka garang, masa tu saya masih model lagi, mereka buka kereta saya, dari muka marah, terus senyum "eh cantik perempuan ni" katanya, now saya dah berisi ni bila nak lintas jalan makin laju kereta dari jauh pastu hon hon, dulu siap nak tumpangkan lagi, n pernah tak anda tak terfikir nak beli something tapi sebab org tu cantik or handsome terus beli, baru baru ni i lepak dengan my friends, ada orang tgk tgk kita  kawan i cakap "apa tu pandang pandang?! kalau handsome takpe jugak" This is the reality...dan lepas putus dengan imam tu, ia mcm satu tamparan yang hebat, bahawa saya sedar siapa saya sebenarnya sebab saya takder kawan transexual, semua Cisgender, ada pun dah keluar Malaysia sorang tu but now dah reunite balik Alhamdulillah,

 So at THAT TIME, I thought kebahagiaan adalah PERKAHWINAN, Masa tu pada kepala i is kawin kawin kawin adalah suatu contentment untuk mencapai kebahagiaan, so saya sedar saya takkan dapat dengar seorang lelaki berkata "aku terima nikahnya Alfee....." for the rest of my life...i tak boleh mengandung, walaupun i khunsa tak jelas, so dalam kepala saya itulah "kebahagiaan" kahwin, bina family, mendengar kalimah ijab Qabul, BUT now selepas 6 tahun saya tak menulis, kenapa banyak husband orang nakkan saya? kenapa bf orang nakkan saya?  kenapa banyak wanita digantung tak bertali? kenapa ramai couple tak boleh beranak? ada je problem dalam rumah tangga. ada saya kenal maknyah ni, kerja di spa n jual barang kecantikkan and ada regular customer husband n wife, tapi malam malam husband dia call maknyah ni nak "layanan istimewa" kenapa my ex colleague saya ditinggalkan husbandnya kerana bercinta dengan maknyah  sedangkan my ex colleague sangat cantik, sexy perfect dah, saudara saya sendiri kahwin n ada anak dengan lelaki handsome ni yang pernah bercinta dengan maknyah tapi akhirnya cerai n sambung bercinta dengan maknyah dia. lelaki kahwin lain, I'm not talking about the men sahaja, ladies pulak mcm ni mcm tu, sometimes confident sangat dia cantik sangat sampai ambik kesempatan terhadap suami, pastu tak tunaikan tanggungjawab, sex tak bagus, so suami cari lain lah. Or it's simply dah tertulis...seperti saya katakan my ayat yg i berpegang teguh, usaha, tawakkal dan redho dengan ketentuanNYA. Now I understand that perkahwinan tidak menjanjikan apa apa, u tak tau apa pasangan u buat belakang u cuma u kena serahkan pada Allah n always huz nudzon, bersangka baik. Itu pun perasan selalu resah gelisah if tak redho. Kawan my mom punya husband ada isteri lain tanpa pengetahuan kawan my mom tu for 16 years! Theres no benda benda pelik dan meragukan tentang suaminya. Tapi lepas dia meninggal perempuan tu datang. So enough! Alhamdulillah Allah tunjukkan saya dunia ni. Mcm dalam cerita Kamasutra, Its not a love story, but a story about love, can u differentiate? Rekha cakap "if you choose real love...it is the toughest test of all" bbila dah kahwin pada i love comes 2nd or 3rd, tanggungjawab becomes 1st...MOST IMPORTANTLY IS TO LOVE YOUSELF. InsyaAllah everything will fall into places, I met this girl at a psychiatric ward masa tu i replenish my prescription, dia cantik, around 16 or 17, dth kat i n tanya " how does it feel to be tall?" dia mcm baru lepas makan ubat so mcm stoned sikit, I said it's ok but what r u doing here? you're beautifull, young, go study, go out with guys on a date, pastu dia tengok bawah n replied, "no...boys hurt me"...dunia dunia...it's hard to be strong sometimes but we dont have a choice do we? Masa I kerja dengan Bath & Bodyworks banyak customer treated me like their psychologist. Contohnya this 2 girls, cerita ada this one guy, dah ada gf but also wants her, should she go on? I asked her back do u like him, she said "at first i knew he got a gf so I taknak but now i kinda fall for him" So i said by all means try not to...he's being greedy, tamak! few customers jadi my "patient" lol..same ol thang...love love love....MY DARLINGS IF NAK KAHWIN, MAKE SURE ADA PRENUPTIAL.

So oleh kerana gender saya, saya dah 37 tahun tapi mengharapkan mak yang belum ada income, sepatutnya saya yang bagi dia duit tapi sebaliknya pulak, oleh kerana itu, inilah apa typical orang yang ada depression rasa, useless, worthless, no purpose in life, u rasa menyusahkan orang, rasa mcm nak mati, rasa apa gunanya hidup, kenapa dilahirkan all these thoughts leads to suicidal thoughts coz u menyusahkan mak bapak but what can i do? I'm trying my best to be better...So here I am, I've found my purpose in life, one of it is this blog of my memoir for you...some you can relate maybe, who knows but i feel I need to share it with all of you, so i dengan gembiranya bagitau my doctor yg i dah finally found somehow the answer, n suprisingly he asked me how come after 10 years or so baru sekarang jumpa jalannya? Good question, the answer is, bila kita kena depression, apa kita nampak kabur, kita nak nampak jalan, all we see are negative things, we subconciously push away all the positive things, kita tak dapat terima sesuatu kenyataan baik dan buruk, kita lupa rukun iman, percaya pada Qada dan Qadar sepertimana fairuz ingatkan I.All the positive quotes kita rasa is not happening to us, and i do agree tak semua quotes kita boleh relate to our situation, I bagi contoh, masa i kena severe depression, i selalu dengar ayat " one door closes the other one will open" but I don't see any doors opening, they r all close...see? this is what happens to your mind and feeling, all kabur tak nampak jalan, NOW I rephrase the quotes " If one door closes, DON'T WAIT for any door to open, but YOU choose and open the doors" try one by one, if this door is not for you, open another one open another one as much doors as possible, sampai jumpa the right door, n stay there.

I want to get married who says i can't? not here of course, but one of the reason i wanna get married is not to secure the love, but to secure my harta, if he dies first i will get the house, car, money n everything, a prenuptial. I learnt this lesson from a dear dear friends of mine, she is one of the most beautiful Tgirl in show biz, she did her last show in Macau, met a rich old man, n stop doing shows, drives a Mercedes, but the mistake was they didnt get married n there's no prenuptial, unfortunately lelaki tu mati, takder harta sikit pun tertinggal untuk dia, akhirnya balik Malaysia kerja kat fast food restaurant, bayangkan dari Mercedez ke fast food...now we r building our lives back, doa kan kami semua termasuk anda semua kami doakan insyaAllah, So the most IMPORTANT is for me is all of us need/must know what we want in life, apa yang buat kita contented, semua orang BERHAK BAHAGIA, sesetengah orang duit, sesetengah orang ketenangan dengan hanya hidup sederhana rumah depan laut, pergi kuliyyah agama, semua ni depends on you, on how you define YOUR OWN HAPPINES n CONTENTMENT, semua orang berbeza, ini memang akan mengambil masa, MENCARI SIAPA KITA, apa purpose kita didunia ni? cari cari cari sampai jumpa, fikir, cari pintu mana yang sesuai, well that's all for now, see you all back very soon, love uols, Xoxo! you can email me if u have any questions, angelalfee@hotmail.com ...assalammualaikum...selamat berpuasa!


Wednesday 8 June 2016

I AM BACK!!! Chapter 1




Assalammualaikum, good evening, selamat berpuasa kepada yang berpuasa...Alhamdulillah, Allah SWT panjangkan umur saya untuk memberi peluang untuk saya berblog semula setelah 5 tahun atau lebih tak berblog dan saya akan ceritakan apa yang berlaku satu persatu.

Sebelum itu saya nak bagitau yang lepas ni saya akan jadi firm blogger dan vlogger yang tegas setelah apa yang saya lalui, dari pusat zakat, jabatan buruh, tempat kerja, makan mana yg sedap dan service yang bagus atau sebaliknya, rahsia kecantikkan , apa perempuan dan lelaki dan apa saja gender perlukan..dan semua ini adalah dari my POV. Apa yang saya lalui dan lihat dari mata dan kepala saya sendiri. 5-6 tahun tak menulis banyak yang saya lalui, saya akan sebut nama nama orang orang yang menyakiti saya, company mana yang menganiayai saya, jabatan mana yang bodoh dan bagus. Mungkin mereka boleh ambik sebagai pengajaran dari tulisan saya atau meningkatkan prestasi dan if i kena tembak polis silakan cari mereka mereka ini. Sorry I got to be firm! haih dah Allah buat saya keras kepala dan berhati batu macam ni nak buat cane. blog ni is my legacy before i die sekurang kurang i bukan meninggalkan nama je, tapi mungkin generasi turun menurun tahu how to handle certain things the right way. you dont have to agree with me in everything i write. I dont care what people say coz kita takkan dapat tutup mulut manusia, kita buat baik salah buat jahat apatah lagi.Semua ni dari pendapat saya sendiri.  if u want a private session u can pm me. lets get started...rooaaarrrrrrr

Pada suatu hari (cewah mcm cerita dongeng) saya baru balik dari exercise...kepala kosong tak fikir apa apa pun.rehat macam biasa atas katil. Tiba tiba terasa satu beban menghempap saya, seluruh tubuh menggigil! Ya Allah ya Tuhanku! what have I done! yes... saya sekali lagi terima hidayah dari Allah SWT. saya tahu kenapa saya memberontak walaupun dah menunaikan umrah. Kerana saya marah dan merajuk dengan Tuhan selepas berpisah dengan Imam Masjid tu. Marah kerana dilahirkan transsexual. Marah tak dapat merasa mendengar seorang lelaki menglafazkan "aku terima nikahnya....." di depan tok kadi. saya jadi alcoholic, mabuk, dan sebagainya mencari arah hidup dengan jalan yang salah. Saya mempersendakan agama....so diwaktu itu saya baring atas katil, relax...saya pun rasa bergegar jantung...i kept on saying what have i done...what have i done! kelam kabut mandi, tercari cari sejadah, tercari cari ayat ayat ubtuk dibaca dalam solat, saya tak ingat!!! saya tak ingat!!! ya Allah! saya nangis tersedu sedu!saya terduduk...saya jumpa tapi saya hilang...bingung. saya tercari cari buku panduan solat...slowly i start to remember...saya benar benar rasa berdosa, saya benar benar nak kembali pada Allah waktu tu. perlahan lahan saya belajar balik agama, saya belajar mengaji, baca buku buku agama dan yang paling menyentuh adalah buku tentang riwayat hidup Imam Syafi'e. Itulah mulanya saya berhenti menulis blog dan mula mencari...siapa...SAYA.

Alhamdulillah dengan bantuan adik saya Alesya founder of Hijabella Safiyya u all tgk jubah dia cantik tau! ambik yang princess cut nak raya nie! lol sempat jugak tolong adik sbb ni laptop dia dan pakaian yang dijual memang cantik dan harga berpatutan sesuai untuk raya, dia ada di instagram.adik saya kenalkan dengan group Ustaz Azhar Idrus. And he is a good man, sincere n we had teh tarik with our small group for few times. waktu tu saya berjubah, rambut panjang.Solat di saf lelaki.Waktu tu saya cuba berdakwah apa yg saya tahu sahaja dan secara lembut contohnya mengajak kawan kawan FB solat bila tiba waktu, tapi as i mention above ada yang kata kita berlagak alim lah apa lah, cakap lah lagi, terima kasih menambahkan pahala saya ye. Saya mula istiqomahkan solat saya dan betulkan bacaan dan cuba ingat surah surah penting seperti ayat Kursi dan sebagainya. Saya baca buku Travelog Haji, buku tu saya bagi 5 bintang! he wrote it in his own way like what im doing now, from my eyes, from my heart from the things ive learnt, That is a gooooooood book! sejak dari tu saya istiqomah solat dan qada solat yg saya tinggalkan dulu semampu saya. Saya, adik dan kawan saya selalu gi kuliyyah agama sama sama, samaada Sheikh Nuruddin, Ustaz Azhar Idrus atau sesiapa sahaja dan yang paling best saya sukaaaaaaaa sangat tengok dia is Habib Ali Zaenal Abidin! masa majlis darul mutaza, begitu ramainya manusia, tak sempat salam, so hampa, then i hangout at my sister's booth n suddenly he stopped his car at the booth ...i was like OMG OMG!what should i do?! my sister went like "pegi la salam dia!" i pun salam, dia tanya apa khabar, i went alhamdulillah! caiirrrrrrrr...I like mostly everything about him, the way he walk, the way he speak, the way he smile, Allahuakhbar...

Sejak saya terima hidayah, saya mula kenal dan minat dengan Prof Muhaya, ramai yang pertikaikan kenapa dia berceramah sedangkan dia bukan ustazah. Saya nak tolong orang melalui blog saya ni tapi saya takde ijazah dalam psychology or counseling. So how? I dont learn from text book darlings...Doctor doctor yg hanya belajar dari buku pernah tak diorang rasa apa sebenarnya rasa depression, yes mereka faham diagnosisnya, like if org tu mcm ni mcm ni, owh dia diagnos mcm ni n ini ubatnya...ubat yang tak tahan lama, saya lebih suka psychologist, salah ambik course masa di Limkokwing. Takpe kita bincang tu kemudian dalam topic lain. Kemudian saya banyak dengar Radio IKIM, ceramah dalam youtube dan sebagainya. But,
saya sebenarnya dah  melalui perkara ni banyak kali, hidayah, saya rassa umpama sering ditegur Allah, dan bila kita nak merapatkan diri kita dengan Allah, HabluminnAllah...Syaitan akan lagiiiiii rapat, Jadi kerana inilah saya tidak menulis buat sekelian lama. Mencari diri...apa kesimpulannya dan dimana saya sekarang? tungguuuuuuu...

Pada saya yang paling penting NAWAITU/NIAT kita, one of my best friend yang pernah ada kisah lampau yang kurang baik, tapi dia selalu cakap, Alfee, satu hari nanti I nak bertudung dan pergi ke kulliyyah etc etc...saya dapat melihat keikhlasan beliau, dia tak boleh tgk binatang kelaparan, If ada makanan dia akan beli and sometimes sanggup beli utk bagi kucing or any binatang makan. She's one of my best friend now, tapi harap ikatan persahabatan ni kekal sebab dia Gemini kadang kadang terlepas kata pada saya yg Pisces ni, saya pun terlalu sensitive, well its my nature kan, saya panggil dia Meow...I lost friends but I met few new friends so its ok coz i need QUALITY friends not QUANTITY, Tahun ni saya banyak hilang kawan, takpe ...saya Redho...saya ingat kan diri saya n if u all nak fikir mcm saya silakan...dalam 6 tahun saya tidak menulis apa apa ni, saya belajar sesuatu yang susah tapi kita kena...berusaha sebaik mungkin, tawakkal dan redho, 3 ayat ni, Usaha, Tawakkal dan Redho walaupun kadang kadang terasa usaha kita tak jadi seperti yang diharapkan sebab kita dah usaha dan berdoa tapi semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz, dan ada kalanya saya lost, depression saya menghimpit diri, tiba tiba kawan saya Fairuz ingatkan saya sepotong ayat yang buat saya tersentap dan terus pegang dengan kata kata beliau, Alfee kitakan kena percaya dengan Qada dan Qadar? Ya Allah! macam mana aku boleh terlupa dengan rukun Iman dan rukun Islam? Terima kasih Fairuz dan Meow/Mia...saya perlukan kawan kawan seperti ini untuk jatuh bangun bersama ingat mengingati,

Pada pengalaman saya, JANGAN BERUBAH MENDADAK, syaitan lagi dekat dekat dekat...pastu kembali lupa. Saya sekarang tengah menunggu result secara saintifik dari PPUM my hormone level kemudian DNA status khunsa ghair musykil saya, kemudian jumpa mufti n let see how it goes from there.

Masa saya baca kisah Imam Syafi'e saya terharu dengan peristiwa sewaktu beliau hampir diambil Allah SWT, Beliau Menangis, para sahabat beliau bertanya kenapa dia menangis? Dia menjawab "aku tidak tahu selepas aku mati nanti aku akan masuk syurga atau neraka"...Subhannallah ...dalam hati saya berkata sedangkan Imam kita bercakap demikian apatah lagi kita...Allahuakhbar!

Ada saya terbaca suatu kisah, seorang lelaki akan dimasukkan ke syurga, dia cakap alhamdulillah aku masukkan syurga kerana amalan baikku, Malaikat menjawab "bukan! tapi kerana Rahmat Allah!" tapi lelaki tu tetap berdegil lalu Malaikat cakap ok fine! jom timbang di Al Mizan hanya menggunakan sebiji matamu je! so bila timbang ternyata mata lelaki tersebut berat kearah neraka, kerana setiap hari kalau kita tak jaga mata pun dah banyak dosa apatah lagi yang lain. Barulah lelaki tu kata ok ok ok...kerana Rahmat Allah! Maka dia pun masuk ke syurga.

My darlings, walau siapa pun kita, samaada kita masih melakukan maksiat, masih minum, masih itu ini, Rahmat Allah Maha Besar, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang, letakkanlah Allah dihatimu, somewhere in your heart. Dont lose faith, Mulut orang? tak payah lah fikir apa kata mereka, kita buat baik salah buat jahat apatah lagi, Tidak ada orang yang layak menghakimi sesiapa. Saya suka mengkaitkan cerita saya dengan kisah para Anbia, para Nabi dan Rasul utusan Allah SWT kerana merekalah sebaik baiknya contoh dan Idola...Zaman Nabi Isa a.s ada seorang perempuan yang dibaling batu dan dituduh pelacur dan perempuan tu jatuh dikaki Nabi Isa a.s...lalu Nabi Isa a.s membuat satu garisan diantara orang ramai dan mereka berdua lalu berkata, baiklah, sesiapa disini yang COMFIRM MAKSUM, dan tidak pernah setitik pun membuat dosa yang layak membaling batu kepada perempuan ini sekarang, silakan, lama kelamaan orang ramai pun terdiam dan bersurai. Jangan sibuk jaga dosa orang lain sedangakan dosa sendirimu tak habis habis...saya ada terima satu panggilan telephone from a friend i tak tau dia kawan saya lagi atau tak hehe tak mengapa, dia nangis dalam phone, dia kata dia tak layak mendapat keampunan Allah kerana membuat banyak dosa, dan bukan dia seorang je cakap mcm tu, jawapan saya, Rahmat dah Pengampunan Allah itu Maha Besar...Sedangkan Nabi Adam a.s dan Hawa yang pernah melihat betapa Maha indahnya Allah SWT dan Cantiknya syurga tetap tergoda dengan godaan syaitan ketika itu, sedangkan Samiri yang pernah melihat lautan terbelah sewaktu Nabi Musa a.s menyelamatkan kaumnya dari Firaun pun sesat lagi menyesatkan sewaktu Nabi Musa naik ke bukit bertemu dengan Allah...mereka masih mendapat keampunan Allah SWT, apatah lagi kita? Kita umat Nabi Muhammad Rasullulah SAW...Kekasih Allah SWT...don't lose faith my friend Hetty, I love you all...always keep faith, keep Allah deep in your soul...salah satu impian saya adalah menunaikan Haj atau Umrah dengan all of my friends. Semoga kita semua menjadi jiran diSyurga Allah SWT kelak. Amiiinnnnn ya Rabb...ini my first chapter, Selamat menunaikan Ibadah puasa, gunakan bulan ini dengan sebaik baiknya...semoga Allah melindungi ibubapa, keluarga dan kawan kawanku/kita...amiiinnnn ya Rabb...saya ingin memohon keampunan jika saya ada tersalah cakap dan menyinggung sesiapa kecuali yg menyakiti saya...esok kita sambung lagi ye...mwahhhh