Saturday 8 October 2011

Don't be scared, its just love


Don't let your heart become tightly closed. Some people who went through a bad break up, it's normal to feel scared to fall in love again..."serik" nak bercinta lagi, takut akan kekecewaan. Saya sendiri jadi seorang yang berhati batu, heartless after what happened between me and Ustaz A. Nasihat saya disini jangan tutup pintu hatimu terus ketat ketat... nanti uols akan rasa "emptyness" not lonely, but empty... pernah tak uols dikelilingii kawan kawan yang ramai tapi rasa kekurangan and tetap rasa down? Maybe uols rasa itu adalah lonely, but actually its empty...and thats worst than lonely and its the road depression and like i said in my previous chapter, don't let depression in your system because it can stay inside of you for a long time...up until today I am still battling with depression.

Hati seseorang tertutup bukan hanya kerana cinta tapi dari kekecewaan dari sebuah kegagalan untuk mencapai sesuatu, mungkin pekerjaan, gagal mencapai sebuah impian. Jika kita gagal sekali atau dua bukan bererti kita akan gagal selamanya Ada orang gagal sekali terus patah semangat and taknak berusaha lagi, now itu adalah makna "gagal" sebenarnya...you are not a looser until you stop trying...Some people doesn't even want to try because of they are scared. Belum apa apa dah mengaku kalah...they are very comfortable being in a comfort zone. 

Sometimes saya rasa seseorang tu takut akan "ketakutan", they are scared of being scared, so diorang berlagak kuat padahal dalam hati, Tuhan jer yang tahu. Contohnya seseorang jatuh cinta dengan someone tapi terus menafikan perasaan itu hanya kerana takut, Takut perhubungan itu salah dimata masyarakat, takut tak dapat restu keluarga, takut cintanya tak diterima dan macam macam lagi. They are just scared for being scared tanpa mencuba. Kenapa kena nafikan perasaan tanpa mencuba, kenapa mengalah sebelum berperang? Akibatnya dia akan berperang dengan tak lain tak bukan hanya dengan diri sendiri. Menyesal di kemudian hari...Saya sebagai "gender" istimewa dapat lihat few people disekeliling saya, dimana seseorang takut bercinta dengan "gender" istimewa kerana mereka takut. Its just love, don't be scared...bukan sahaja bercinta dengan "gender" istimewa tetapi maybe dengan orang tak sedarjat, bercinta dengan janda/duda, bercinta dengan pasangan yang jauh lebih muda atau jauh lebih tua, berlainan bangsa dan macam macam lagi yang mereka takutkan sebab takutkan pandangan orang lain. Kenapalah kita nak fikirkan apa orang nak kata atau fikir, yang penting bila kita dah fikir masak masak, tahu mana baik dan buruk dan kembali pada hati kita and memang kita rasa kita nak, then cuba lah! apa tunggu lagi, cuba dulu baru tahu...So kalau kita tak mahu orang orang jaga tepi kain kita, kita kena start jangan sibuk jaga tepi kain orang.

Kita mesti fikir apa yang buat kita bahagia, bukan orang lain. Hidup ni cuma sekali, so all of us deserve to be happy. Try to make the best out of it. Jangan terus tutup pintu hati and cakap tak boleh. Yang penting jangan jadi apa yang kita tak mahu...yang bukan diri kita...

If kita kecewa, jangan tutup pintu hati lama lama...bangun balik and live life and love again...


Jangan takut dengan bayang bayang sendiri, jangan takut dengan soal hati, asalkan jangan terburu buru membuat keputusan, first make sure that is what you want, or who you want...banyaknye lah yang saya jumpa jadi depressed sebab buat apa yang diorang tak suka, walaupun they are good at it...contohnya diorang belajar kat University bukan apa yang diorang nak, tapi mungkin dipaksa oleh keluarga or adik beradik or pasangan akhirnya, saya ada kawan macam nie, so dia buktikan pada parents yang dia boleh berjaya, dia selalu deans list, straight A student just semata mata nak tunjuk kat parents tapi diorang tak sedar that they are stuck with it in their entire life...Kawan saya tu tak pernah minat machanical engineering, tapi sebab parents yang pilih, dia memang boleh score sebab dia pantang dicabar, tapi lepas University? bayangkan hidup you tersekat dengan apa yang you taknak and tak minat belajar to begin with,  and you terpaksa stuck with that kind of career for your whole life just because nak puaskan hati orang lain. Will you enjoy life?

Nanti bila dah tua you terfikir, selama you hidup, you live the live of others? Or you menolak cinta/perasaan pada seseorang hanya kerana you takut? "your own life" always standing in front of you but you did nothing to grab it? Is that how you want to lead or live your life? under someone's shadow? Did you even live your life? Harap uols tak terlambat, jangan menyesal dikemudian hari...Don't close your heart, open your heart like the sky...Don't be scared , it's just ...love.



Monday 3 October 2011

Memoir of Me & friends


School Friends and Lot 10 friends



Saya memang memilih dalam berkawan, tapi saya memang ramai kawan, tapi uols kena berhati hati dalam berkawan, banyak yang tak boleh pakai, zaman kita senang banyak menempek, masa susah hilang la pulak! Banyak superfial and poker face! so becareful k, remember your pride, jangan kacau hidup orang, jangan banyak bergossip pasal orang, jauhkan mengumpat, just enjoy your friends, jangan tunjuk kelemahan, friendship nie sebenarnya indah, seindah cinta, jangan kita pentingkan cinta dari persahabatan, love comes and go ,but true friendship stays forever until you die...so jangan kerana cinta lupa kawan, kalau kita ada masaaalah kita jarang cerita dengan parents kita sendiri, semuanya dengan kawan, Alhamdulillah saya dikurniakan kawan yang ambil berat tentang each other...susah senang...I love you all, pada yang tak guna tu, tak payah lah datang lagi dalam hidup aku, k...macam semak jer!

Saya jugak bukan jenis berpuak, macam sesetengah gang tu tak boleh mix dengan gang nie, gang tu, saya suka campur semua orang, no puak puak, asalkan hati saya happy...so thats why saya ramai kawan dari group group yang berbeza...

School was a little tough for me because i have to wear boys uniform,  but that's all, the rest were ok, my friends were great...I'm very reserved don't like to be so hoo haa in school but outta school I go wild! A complete different person...I guess i never like rules, I live my life with as little rules as possible, if people asked me what do i like? or what do u do? I simply answer "what i like" but its important to have guidelines so that you won't go overboard, so that people cannot step on you, there must be certain limits that you or people can't just cross...but rules on the other hand are boring...I love to be able to enjoy things, so whatever i do is more out of passion...I need to passionate in what i do, in my work, in my food, whatever...If in Malaysia we can wear whatever we want in school like in the U.S, I think i would love school...

I don't like how i look in school, I was fat, tall, big and very bad skin, dark and dull with my short afro hair, So I have few very good friends but only some left until today, Jo is a very sporty bubbly non judgmental person that i feel sooo comfortable to be friends with, Shida is the girl who is always likes to laugh, she likes to see the funny side of life, also very emotional, Shida dan saya dah hadapi macam macam and kami experiment macam macam, kami gi clubbing masa umur 16 tahun, tengok macam macam orang, hangout masa zaman Lot 10, Shida suka buat dialog, contohnya kita lepak kat satu tempat around Lot 10, then nampak couple tengah duduk sembang or tengok pasangan bermanja or bergaduh kami pun buat dialog then gelak gelak...biasa lah budak budak! Memang sangat happening zaman Lot 10, zaman 90-an! the best, zaman grunge, zaman maknyah, zaman EVERYTHING macam saya pernah cerita pada chapter chapter yang lepas lepas, Shida pernah bercinta dengan kawan kami and dia simpan cinta dia sampai sekarang walaupun dia dah berkahwin, sometimes saya rasa ada kekosongan dalam hati dia, cuma saya berdoa dia bahagia, now dah ada baby girl and hope ada baby boy soon...Shida dan Syed adalah dua kawan yang bagi impact yang besar dalam hidup saya, Syed yang dulunya lelaki now dah jadi Maknyah, saya memang dapat nampak syed seorang "lembut" walaupun se"macho" mana dia cuba sembunyikan...tapi mereka berdua inilah yang mengisi kekosongan hati saya masa sekolah dulu, betul betul rapat, Syed akan tidur rumah saya sebanyak mana dia boleh...kami pun ber experiment pakai make up, berangan jadi model, badan Syed memang cantik, slim and dia keturunan syed so hidung mancung, bulu mata lentik so now dia dah jadi perempuan pun cantik...cuma dia pilih jalan salah, bukan sebab dia jadi maknyah, sebab dia berenti sekolah masa form 5 sebab ikutkan kawan, dia pun mula menjauhkan diri dari saya dan Shida, dia kelas pandai and memang bijak, dia tak ambik pun SPM, sayyangggg sangat! Rugi! walau apa pun ambil la SPM dulu then terpulanglah lah nak jadi apa pun...lately saya jumpa dia kesian tengok dia...saya doakan dia berjaya juga satu hari nanti,

Lagi sorang kawan saya yang menyerikan zaman remaja kami is Joe Azli, haaa mula mula nak jadi player, lepas tu tak jadi! haha kantoi, dia pernah ber couple dengan Shida kejap, bagi nama joe, tapi kami tak tahu nama sebenar dia lepas bertahun jugak lah kenal dia! hahaha memang licik lah jugak dia nie! Nama ada macam macam, sampai ada orang panggil dia Nyamuk! dia nie curious in life, dia pun suka experiment, saya gi Blue Boy pun nak ikut jugak! hehe...Tapi dia nie memang baik, so tak jadi nak jadi "player" akhirnya menjadi kawan kami yang rapat! Saya tak tahu mana dia sekarang, rindu sangat kat dia, saya kenal ex boyfriend saya yang skinhead tu melalui dia ler...

Kawan kawan fashionista saya masa sekolah is zaman saya dengan Srizana and cousin dia Nini, Zana nie tinggi slim and Nini ni kecik and sangat cute, diorang pandai fashion, yer la body pun lawa, so senang la nak melawa, even though saya lebih faham pasal fashion tapi saya gemuk masa tu so nak dressing pun tak boleh...now dah boleh la...Zana and kakak dia pun ada cerita drama! aduih kalau ingatkan sangat kelakar, bila di ingat ingatkan seronok juga zaman remaja saya, asalkan out of school! bosan! but saya berjaya jugak dalam SPM, in my life Alhamdulillah belum pernah gagal dalam peperiksaan yang besar besar...walaupun  parents saya dulu dulu suka anggap saya akan gagal! tension tau, dah la tak dapat kasih sayang dari family, ingat lagi massa nak ambik PMR, parents saya kononnya nak guna "reverse psychology" diorang cakap "so u akan gagal, nak masuk sekolah private mana lepas nie?" aduih diorang tak tahu sedih saya masa tue, sampai hati diorang!...tapi Alhamdulillah they are the best parents now selepas tragedy Ustaz A!

The Sarawakian and other Glamour Girls of the 90's

Selain kawan kawan sekolah and kawan kawan Lot 10, saya ada kawan kawan yang dari Sarawak, all the gorgeous girls in Sarawak, they are fun and fine to be with and i'm still very close with one of my so called "pet sister" kak nana, a very beautiful girl who loves to be in a beautiful mess, sensitive and very generous, I met a lot of Sarawakian friends from her, I call them Sarawakian girls of the 90's, zaman diorang hangout my house zaman I form 4, seronok giler! Weall semua suka head banging over "zombie" by The Cranberries, humming to Lisa Loeb song "stay", hangin out at abah's old KL apartment, masa tu my dad duduk Sarawak coz business dia kat sana...and married to my stepmother who is a Sarawakian...hangin out at Radhi's place...twas great times!

Me with lovely Kak Nana at Italiannes

Outside (from school)Friends

Owh the outside friends are sooo irritating, banyak juga kawan kawan luar sekolah and after dah habis form five, ada budak yang biasa biasa jer, tapi ada rupa sikit, so dapat perhatian lelaki yang suka clubbing so diorang diberi perhatian sikit dah berangan! Cakap English pun berterabur, Yer la lelaki cheapskate kat club tak dapat well brought up educated girls coz they tak layan so diorang go and get this stupid girls la, the reason I kawan ngan diorang? sebab they were nice to me masa tu, but later in life! weekkk! geli nak makan kat gerai la, kotor la, minum teh tarik guna straw la!!! sebab geli pakai cawan orang! cemana nak nikmati teh tarik if minum pakai straw uols??? sukati kau lah verangan jer lebih! pekerjaan diorang? gundik! pompuan simpanan! pinjam duit aku tak bayar dah 6 tahun! backstabbers! uneducated narrow minded bitch! 

College Friends

 UUURRGGHHHHH college kids! A lot of people's mentality is that once they're in college, they try to immitate from the movies, banyak yang perasan hot! Masa i dah hot i tak pulak perasan hot, orang jer bagitau...nowadays when i think of it it just make wanna laugh till i puke, the amount of superficial! FAKE! tryin-to-be-cool/impressing people! Wannabe's! Posers! Suddenly speaks in a "slang" even though you are a pure Malaysians, I called it MTV slang! Sometimes i speak in English slang so that its different than others who "suddenly" speaks American, I do it just to annoy them, maybe they suddenly transform to American once they step college ground, but once they step home, cari sambal belacan, nasi, makan dengan ikan kembung goreng! Poker face! Just be yourself laaa no need la be someone you're not, why why why must have all the slang, the girls jadi gewdiks! tetiba nama Samdol tukar jadi Paris! I cuma suka make up jer during mula mula college, and terlalu baik, now no more Miss nice goody goody!

I teringat satu iklan Petronas during Deepavali, they are few guys were speaking like a rapper trying ti impress the girls they had crush on...so they go like "lets party man yeah lets party its party time!" infront of the girls and introduced their "glamour names", they one of the guys spotted their granny who they called "pahti" as in "grandmother" who just came home from Bangsar pasar malam...so one of the guys bagi amaran kat kawan kawan lain, dia cakap "pahti" "pahti" yang lain ingat dia cakap "party" "party", lepastu nenek budak tu akhirnya panggil bebudak tu cakap dalam bahasa tamil, tanya siapa nama kawan cucu dia, kawan dia cakap nama dia "Sam" pastu nenek tu cakap apa sam sam? apa nama betul? dia jawab Muthusamy! hehe iklan yang paling kelakar menunjukkan walaupun dunia berubah tapi kita harus berbangga dengan siapa kita sebenarnya...tengok iklan tu kat youtube kat sini http://www.youtube.com/watch?v=z32Wp3o-EdI

Ok, I went to 3 colleges in my life, First was Stamford, owh my God twas miserable! My mom selalu hantar kat college and after dia dah drive jauh sikit, I terus pergi Mall berdekatan! Masa tu banyak duit so shopping!,Then after a guy asking for a lighter during ciggarate break by saying " DUDE, u got any lighter?" esoknya I terus tak datang dah! Dude dia panggil aku! masa tu benci but now ok jer, just play along...

Then I went to Sunway College where i meet, Liza Hanim, Nahiz, Farah Bulat, Azie and all, the environment in Sunway College is soooo much better than Stamford, people are more real, but BOSAN!!! dull...still ada plastic jugak, guys and girls, I still remember ada this guy walking down the cafeteria walking like Code 10 advertisement! I took business studies again coz i thought that's all I ever going to be in...like my parents, how naive i was, I didn't explore the world of studies enough...theres many many many things to study out there, dah la i hate numbers, nak jugak ambik business studies? NOT! The friends i met here are better...masih gemok lagi masa nie, saya dalam gambar dibawah pakai baju pink yang paling nembam sekali! hehe..Liza memang gorgeous masa nie, slim and tall...


My beautiful memory with Sunway College friends

The third College I went is Limkokwing University of creative technology...the BEST so far i've experiance, people are more real walaupun rich and gorgeous people, from what i see and experiance, orang yang betul betul kaya, educated, gorgeous are very humble people, tak perlu berlagak...I took Mass Communication here, Advertising, multimedia and broadcasting majored in Advertising...Here is where I met my angels, my best friends...from the friends i met in limkokwing i met few others kawan kawan diorang from other Universities like HELP and others who are macam diorang jugak, very well brought up, a little spoiled, gorgeous, down to earth, very caring and we get along very well up until today...I really really bersyukur that i met them! Hope we will remain forever...together...they accept me for who I am and that's the most important thing in friendship, my ups and downs, my depression, my scars, my fatness, my skinniness everything...Alhamdulillah...and if u go to Limkokwing u tak payah pergi mana dah, sebab kat Limkokwing dah macam the whole world is there, people from around the world...when u're there you don't feel like in Malaysia, this is good because you get to know other people's culture, behaviour and learn a lot from them...how enthusiastic they are, how bright and intelligent people in Limkokwing...I miss the debate in journalism class...the Presentation skills class...

Main UNO and SNAAAPPPPPPPPPP!!! masa nie nak pekak telinga! hahahaha! nak menang punya pasal! SSENAAPPPP!!!




Macam macam pengalaman manis masa kat Limkokwing, meet a lot of creative people, macam macam dressings, ada yang creative, ada yang fashion victim, ada yang over the top, but banyak yang dressing cantik cantik, Limkokwing people are very fashion forward, very down to earth, yes ofcoz ada yang snob but not much...tapi few benda yanng lucu in that I masuk Limkokwing masa dia masih kat Taman Mayang  Kelana Jaya, sebelum mereka pindah di CyberJaya, sebelum pindah semua bising tak sabar sabar nak pindah ke CyberJaya, ada satu masa tu tak jadi, was diap conteng dinding dekat carpark tak puas hati, memang la ramai dah tak tahan panggil University kami as University shopping Mall sebab asalnya kat Taman Mayang was a shopping center, TAPI bila dah pindah ke CyberJaya pulak, ramai bising jauh lah, takder transportation lah, banyak lalat lah...aderrrrrr jeeerrrrrr, adat lah manusia, sering tak puas hati , ada jer kekurangan , thats why kita sebagai manusia tak mampu nak senangkan hati semua orang, ada yang agree dengan kita, ada yang tak...so kita tak payah nak perfect sangat sebab tidak ada sorang pun yang perfect kat dunia nie...

My friends dari zaman college sampai sekarang, ada yang dah kahwin and ada baby, bestnyer!

My angels at Angel Nisha's Akad nikah and New Year's eve 2011

Nisha dah preggy and i pun dah tembam! aaarrgghhhh!@Nisha's baby shower!

During in Limkokwing, I am already matured, learnt from previous broken friendship before I started in Limkokwing, I learn about true friendship, I learn that how important friendship is, cinta, lelaki kadangkala datang dan pergi but persahabatan yang ikhlas dan benar adalah buat selamanya...I learn that jangan sesekali gossip, tikam belakang, mengutuk kawan sendiri, nak buat apa semua tu, kawan kawan saling mengambil berat and sayang menyayangi...Alhamdulillah saya tak pernah tikam belakang kawan...bayangkan je kalau kita kena tikam, sakitnya lebih teruk dari kena tikam...

Birthday lil Rita!



Intan, Me and JJ (Mr. J is the thorn among the roses)

My Special "Gender" and Gay Friends

La Queen is a happening and fun place to be, lots of artist here and also majority Gay clubbers...

Transexuals, Maknyah

Sebenarnya saya tak ramai kawan maknyah, dari zaman sekolah sampai zaman limkokwing adalah dalam 3 orang macam tue...saya nak cakap bahasa maknyah pun tak pandai...macam "mak, nok, " semua tu, sampailah lepas peristiwa dengan Ustaz A, saya dirawat, and doctor doctor yang menolong saya seperti Datuk Dr Halim, suggest that I bercampur dengan maknyah and see how, masa tu ramai kawan kawan college dah gi oversea...so a few maknyah dikawasan rumah saya di sunway, ada kak Amy, ada Becca, ada Jepun so saya baru tahu kewujudan mereka setelah 10 tahun duduk Sunway and baru tahu yang Sunway adalah memang "tempat" mereka, mungkin selama ni my life was so busy with assignment, so diorang cakap diorang ada perasan saya tapi anggap saya nie sombong...takkanlah kerana saya nie gender istimewa kena tegur semua maknyah dalam dunia nie, kalau kita perempuan kena ke tegur semua perempuan? Sesetengah pendapat Maknnyah yang maknyah mesti tegur menegur...I mean if u're not my friend and i don't know you, perlu ke? But I am very friendly, so I start lepak salon kak Amy memang nak buat rambut, so dari situ saya kenal ramai jugak, MEMANG CUN CUN! seronok nya kawan ngan maknyah nie! so banyak juga lah saya belajar dari mereka...

Maknyah sekarang bukan macam Maknyah dulu dulu! Dulu banyak yang lemah pada lelaki, tapi tak semua, yang lawa lawa dulu dulu banyak dah kat oversea dengan lover diorang, aunty saya duduk Holland dulu so semua kawan kawan Malaysian dia adalah maknyah yang dah berpindah ke Holland, ada yang happily married or stay together with their lover...lelaki nie suka ambil kesempatan pada maknyah maknyah yang lemah, seperti minta duit, sex...dan sebagainya...TAPI NOT NOW, sekarang maknyah banyak yang very educated, sekarang bercinta dengan maknyah dahbiasa bukan luar biasa lagi, cinta benar benar cinta, ada saya kenal athlete, artist, or kawan kawan sekeliling and family saya bercinta dengan maknyah...sekarang nie lelaki beristeri banyak simpan maknyah, and masa bulan puasa lepas saya buka puasa di sebuah hotel, nampak satu group maknyah yang lawa lawa dengan sekumpulan lelaki yang kaya dan hebat hebat, saya amat kagumi mereka...berani! takder sorok sorok...Maknyah sekarang bukan "gila jantan" macam dulu, barulah sekepala, seronok saya berkawan dengan gang gang Pink Triangle and Mynetra...banyak boleh belajar dari mereka and tak kedekut ilmu...semua saling bantu membantu pada yang menghadapi masaalah...thats the spirit keep it up...! 

One of my adik angkat yang comel,very kind, loving and generous...Lucas
one of the most Unique best friends i ever have, he loves fine art, exotic antiques loves may kinds of music, always suka cabar saya dalam nyanyian to hit the highest notes...saya boleh buat yer! hehe I can sing a high note songs  like Celine Dion, Whitney Christina...etc etc...sometimes blur ut always comel...suka kucing...over all he is very unique...unique spesis yer kau ni lucas lucas! noty sangat kakak babab kang!

Lovely dinner on Lucas's birthday

At frangipany KL,where there's mixed crowd straight and gay from all over the world

Gay Friends
Saya dikenali sebagai "kakak" dikalangan kawan kawan gay walaupun diorang lagu tua...

I started to have gay friends during my last semester in Limkokwing, yeap before this I don't even have gay friends...I do but not as close as after my last semester in limkokwing...It was when I was approached by my first adik angkat, in the class, I didn't know he's gay, tiba tiba masa presentation skill class he opened up to everybody that he's gay, dah la comel nak ngorat dah masa tue...tetiba masa dia cakap dia gay terus hancur luluh rancangan ku hehe...

Masa tu ngam kawan kawan baik semua dah gi oversea tak reti reti nak balik...then I start kawan ngan gay friends, it was one of the most fun period of my life, seronok gi gay club nie, tak banyak lelaki posers and gatal...i think one of the reason girls pergi gay club adalah sebab yang sama, taknak diganggu lelaki gatal, pakailah sexy cemana pun, menarilah goyang inul cemana gerudi sekali pun, taakder yang ambil kesempatan, thats the fun part...then after few of my best friends balik KL, I introduce diorang kat my gay friends...rupanya diorang kat oversea pun sama juga kawan dengan banyak gay friend in Australia and U.K,,,
Gila gila backstage main dengan wings macam Victoria's Secret hehe...




Gay guys are very creative and usually really good at what they're doing, contohnya jarang tengok rumah diorang bersepah, and walaupun duduk rumah biasa biasa jer, most of them definitely knows how to niaskan rumah and make the best out of it! 

Guys knows what guys wants and needs/ girls knows what girls wants and needs/ Transgirls knows EVERYTHING

I guess thats why adanya lesbians, gay and maknyah, and kenapa pasangan diorang tak boleh lupakan diorang especially pasangan yang baru first time have sex or couple dengan diorang, coz diorang tahu apa pasangan diorang nak coz they're more or less have the same thing, kalau bad mood or periods, PMS, or kat mana part yang sensitive they know best...Maknyah pulak tahu semuanya, coz I am all women with a touch of a man inside of me...thats the best part being a khunsa...

Me in "Trans" dressing, baju bodyfit girlish but bertengkolok...

Saya harap dari pengalaman saya, pembaca pambaca diluar sana dapat iktibar and tahu cemana nak cari kawan yang betul betul "kawan", kalau dia nak ambil kesempatan pada kita dia bukan kawan, kalau dia tikam belakang kita no no nope! bukan kawan, kalau dia rampas apa jua kepunyaan kita dia bukan kawan! kalau dia jeeer nak perhatian orang dia bukan kawan...kalau dia kaki buli.. slash nama dia dari hati kia...so sama dengan kita, kalau kita dah jumpa kawan benar benar kawan, kita hargailah dia betul betul, YES bukan senang nak cari kawan, SUSAH! ada depan kita puji macam macam, belakang kita habis dikutuknyer...ada yang nak dia lebih, kalau kita lebih sikit or dapat perhatian lebih sikit jer dia taknak kawan kita dah...macam macam jenis manusia dalam dunia nie and saya harap uols pembaca saya or kawan kawan saya bukanlah dari golongan yang busuk hati dan keji itewww yer...pada adik adik yang kena teruk dengan kawan boleh cerita and share, if nak hubunngi saya silakan...I hope I helped and can help some of uols...

Well Alhamdulillah I have many many friends...with different specialties, Uniqueness who accept me for who I am now, tak macam dulu duu banyak "plastic"! now I tau siapa boleh buat kawan siapa boleh buat apa yang boleh dibuat, dan siapa untuk buang dari diary memoir ku...Masa banyak mengajar kita erti sebuah persahabatan and kita boleh baca macam macam perangai manusia...berhati hati dalam berkawan, ada banyak kawan yang suka makan kawan diluar sana, banyak cerita sedih saya dengar, kawan rampas kekasih kawan baik sendiri...uuiisshhh minta dijauhkan...manusia jenis apa tu? ada certain times dah jodoh, tapi selalunya bersebab, bukan sengaja main rampas, mungkin perhugungan kawan tadi dah tak sehaluan, tapi pada yang rampas sesuka hati walhal mereka sedang hangat bercinta memang dasar manusia bangang! doink! Kawan kawan yang suka mengambil kesempatan, seperti chapter diatas kawan kawan saya yang "plastic" zaman lepas sekolah and kawan luar sekolah!

Pada kawan kawan ku, Rita, Ira, Nisha, Alia,Yoyo, Intan, Hetty, JJ shah, Lucas, Kak Nana, and ramaiii lagi, I love yu all from the bottom of my heart, thank you for being my friend...terima saya seadanya, waktu senang and susahku, kurus gemok kurus gemok ku...yang pasti akan datang KURUS balik! hehe, terima kasih for being part of my life...Assalammualaikum I love you all! and pada pembaca, I hope from here you learn how to read your friends...harap uols pandai menilai erti sebuah persahabatan, kawan tak mengenal erti rupa dan harta benda, tak memandang bangsa dan agama, kawan yang benat kawan takkan tikam belakang! takkan mengutuk belakang! sebaliknya memberi sokongan dalam apa jua yang membuat kita bahagia...sesiapa yang ada kawan yang sekadar nak gunakan kita, campak jer dalam tong sampah!




















Saturday 1 October 2011

A sad sad sad story about a courages family who lost their sweet little angel


Assalammualaikum, sebelum saya meneruskan menulis blog saya seterusnya, saya terjumpa kisah ini di Facebook yang dikongsi oleh saudara Md Zahki Md Hussein, mengisahkan seorang anak kecil yang kuat semangat, mengisahkan family yang kuat semangat melalui saat saat pahit dan manis dimana mereka  terpaksa berserah pada Qada' dan Qadar, menyerahkan anak bongsu mereka kembali kepada Allah S.W.T, walau bagaimanapun saya tak mahu cerita ni pergi begitu sahaja, saya nak ia berada dalam blog saya untuk saya lihat wajah anak kecil yang berhati mulia nie, anak kecil yang tak pandang hina pada lori sampah tapi sebaliknya memandang ia adalah kerja yang mulia... permintaan terakhirnya bukanlah permainan yang mahal mahal tapi dia hanya nak cake lori sampah, nak naik lori bomba, betapa kuatnya semangat hati kedua ibu bapanya menunaikan apa sahaja permintaannya sebab mereka tahu Allah hanya meminjamkan sikecil buah hati ini buat jangka masa yang singkat sahaja... siapa yang tak menangis membaca cerita ini? its really hard to read for me coz it will tear my heart apart, hancurr hati saya membacanya...setiap kali saya teringat pasti saya akan menangis but saya akan sedekah Al Fatihah, thats all i can do, I wish I knew this sweet little angel...he did see the sun light, he did lived, he showed us strength... Al Fatihah... 

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


I know he's playing wonderful things in heaven now, learning all the secrets we don't even know...may his story remains...forever...in my heart...


When i look at sick or abandoned babies or children, the less fortunate people, the homeless, then I look at my two hands, how small they r, but we can make this world a better place by joining our hands, with love...Alfee Rahaman