Friday 16 September 2011

Chapter 6: Cinta? Love? Happiness? Depression? Penerimaan keluarga part 2


                                                               lets Eat, Pray and lotsa LOVE

So time past...sedar sedar saya dah kurus...Alhamdulillah banyak pujian yang mengatakan saya dikategorikan dalam golongan yang ada rupa, tapi saya tak perasan pun bila saya tengok cermin...saya macam tak percaya saya dah kurus...masa ni kurus cara tak sihat tau! jangan ikut...sebab saya pun tak tau cemana saya boleh survive waktu yang sangat kelam tu. Nanti saya ceritakan cemana saya kurus cara sihat pulak sebab lepas zaman saya macam jerangkung nie, badan saya naik balik sebab masuk college balik saya tak boleh tension study, mesti nak makan...lepas tu saya kuruskan balik cara sihat, nanti kita akan sampai ke chapter tu k...Mommy dah sangat risau and selalu bising, dia cakap saya dah macam jerangkung. Mana taknya, saya nie tinggi 5"10, pinggang size 24 jer...kawan kawan saya yang kurus kurus kecik dulu pun tak boleh pakai seluar saya. Adik saya panggil saya papan..., memang kawan kawan saya semua cinonet...macam dalam gambar nie, sorry tak clear sebab tangkap gambar dalam gambar...tengoklah betapa sihatnyer saya dulu! saya yang paling sihat berdiri tengah tengah tue...kawan kawan semua cinonet, termasuklah Liza Hanim yang pakai baju ungu tu datang kerumah masa open house sedekad lepas...


So lepas pengalaman yang penuh tekanan tu, I merangkak untuk berdiri balik, dan saya menjadi lebih clear dengan cita cita saya, saya nak jadi Psychologist dan meolong orang sebab saya dah lalui insyaAllah saya dapat memahami perasaan mereka lebih dari apa dalam buku teks, banyak orang jadi psychiatrist dan hanya belajar the terms dari buka yang dia belajar, macam ni bipolar macam tu psychosis, n sakit ni bagi ubat ni sakit tu bagi ubat tu, but do they understand the true feelings? unless u dah melaluinya u akan lebih faham, kita susah nak faham the core feeling if kita sendiri tak pernah merasai sesuatu, macam baby noty, parents dia cakap jangan lari nanti jatuh, tapi baby tu degil dah jatuh baru dia faham! hehe...I banyak buat volunteer work dengan doctor doctor pakar, saya melawat pink Triangle, saya mesti teruskan hidup walau perit...masa nie lah saya sedar betapa besarnya cabaran hidup sebagai khunsa atau "gender" yang istimewa nie...BUT believe me...cabaran banyak! Exciting pun banyak! we always have to look the positive side of our world. I really enjoy now being me, myself and I. I tak peduli apa cerita dalam akhbar tu! HELLO people in the world! WE ARE HERE, WE ARE NOT GOING ANYWHERE SO DEAL WITH IT! Kita bukan sikit, kita ramai, dari apa yang saya lihat tak tau lah uOlSs...i rasa kita bukan golongan minority lagi, tu diorang yang cakap...banyak yang tak nak keluar jadi diri sendiri, they are hiding under the closet! suka hati dioranglah, siapa yang merana...saya tulis nie semua dari pengalaman saya sendiri, bukan ikut emosi...ada yang takut parents tak terima diorang lah, so bila kawan kawan diorang mengutuk gender gender intimewa nie dia pun ikut kutuk tapi dalam senyap senyap kawan kawan diorang pun ada hati kat Tgirls nieh! Poker face betul! banyak yang datang kat saya cerita apa diorang rasa, even dalam family jauh saya pun ada yang sangat meminati Tgirl nie...and ada dalam family saya ditinggalkan suami sebab dah lama bercinta dengan Tgirl, dia kawin sebab nak kan anak and ikut kata permintaan parents, tapi balik jugak ngan Tgirl dia sebab dah CINTA... when it comes to LOVE to me there is no labelling anymore, letak tepi istilah gay, lesbian bisexual sebab cinta datang tak terduga, the only thing just make sure its love not love or infatuation ... saya banyak jumpa lelaki dan perempaun yang keliru... saya ingat lagi kawan lelaki saya meluahkan kekeliruan mereka, they said to me that they are NOT gay but jatuh cinta dengan lelaki lain or dengan Tgirl...sampai berkali kali mereka nyatakan diorang bukan gay nak tergelak pun ada sebab sambil cakap sambil teruskan juga bercinta dengan passangan dia, YES i get it man!...so stop labelling yourself and just...love...just say "love".

Teringat kisah kawan lelaki sorang nie, dia sangat sukakan saya tapi parents dia paksa dia kahwin, for God's sakes umur dia baru 22. Parents dia paksa dia suruh kahwin sebab dari segi pandangan saya parents dia sedar anak dia cenderung menyukai Tgirl so parents dia paksa dia. Dia cakap dari kecil semua parents dia yang akan buat keputusan untuk dia dari sekolah mana, University mana, course apa dia ambik semua paksaan semata. Memang kesian sangat, he live the life of others. Dia tak pernah bahagia. banyak kali dia call saya nak jumpa lepas tu 10 minit kemudian cancel, dia kata dia takut jumpa saya sebab dia sayang saya sedangkan dia dah kahwin. Sebelum kahwin dia sampai tak boleh concentrate kerja, kusut masai...cian cian cian...kadang kadang saya hairan dengan sesetengah parents, yes i know they do that for their child's own good, but pokok pangkalnya, diorang taknak ke anak diorang happy, pada saya ada peringkat umur seorang anak dimana parents tak perlu lagi masuk campur setelah tanggungjawab sebagai parents selesai, berikan didikan agama yang cukup and sesudah tu apa pilihan dia adalah hak dia, biar dia fikir baik buruknya dia yang tanggung...saya bukan bercakap bagi pihak tgirl sahaja but ass i said eaarlier in my blog is apa yang saya tulis adalah untuk semua...to me at a child's certain age parents janganlah terlalu memaksa sampai course apa anak dia nak study pun parents yang tentukan, dia nak kahwin ngan sesiapa pun parents yang tentukan...hello! dia yang terpaksa menanggung perkahwinan dia sendiri seumur hidup dia, so baik buruk biarlah dia yang tanggung, biar dia rasa...baru dia dapat tahu sendiri baik buruknya...seseorang anak tu berhak bahagia, berhak happy, kalau parents rassa kurang suka berilah nasihat dan biar dia fikir sendiri, dah besar panjang, coz that is his/her life... takper bab nie kita sambung, Hidup saya lebih happy dan bermakna sewaktu parents saya dah boleh terima hakikat siapa saya dan menyokong apa jua keputusan saya sebagai seorang khunsa...

                                            Kenangan waktu Konvo dengan mommy and abah

Diorang menerima saya seadanya, gambar ni masa konvo di Limkokwing University, Award yang saya menang dan keputusan cemerlang yang saya terima adalah hikmah disebalik kejadian lalu...one thing about Limkokwing that I love is that in my student I.D nama saya adalah Alfee "BINTI" Rahaman...

So what is Love? waktu saya bercinta dengan ustaz tu, saya tak faham rti cita, pembaca yang saya sayang sekalian...sebelum kita bercinta, kita mesti tahu apakah ertinya cinta, love...
To me love is kind, cinta bukan paksaan, ia adalah jalinan dua hati yang sangat indah. Or walaupun kita sorang yang sayang dia...Cinta memang tak semestinya bersatu, tak semestinya bersama... nak tau if kita cintakan dia bebetul is when kita tak pandang dia dari sudut rupa, duit yess benda benda tu ada lah link dia but its more then that. kalau kita bercinta dengan orang kaya boleh kita sayangkan dia waktu dia miskin? if kita sayangkan dia sebab rupa boleh kita sayangkan dia waktu dia hilang rupa dia? manalah tau lepas setahun bersama or berkahwin ngan dia accident ker, OKU ker, terpaksa pakai lampin ker? macam apa yang Allah turunkan dugaan pada Nabi Ayub A.S...Beliau sangat kaya, ada rupa tapi Allah turunkan penyakit kulit dan Nabi Ayub jadi miskin...Allah menduga Nabi Ayub dan isterinya...dua dua Allah uji, if pembaca sedar and buka mata...bila Allah beri dugaan pada seseorang insan tu, Allah menduga bukan hanya dia, orang orang keliling dia juga Allah duga...contohnya seorang Tgirl memang besar dugaan dia, tapi Allah juga menduga parents dia, keluarga dan orang orang sekeliling Tgirl tadi, if orang lain mengutuk dia orang tu yang dapat dosa..silap silap kena kat anak dia ke apa ke Allahualam...

Berbalik pada love, cinta tak semestinya bersatu bermakna bila kita saling sayang menyayangi tapi dia terpaksa pergi, kahwin pilihan keluarga, atau alasan alasan lain, biarlah dia pergi, demi kasih demi sayang let him/her/himher go...sebab cinta bukan SELFISH, love is never selfish, bukan mementingkan diri sendiri! bila kita kasih dan sayang seseorang kita rasa bahagia, tenang n happy bila tengok dia happy, kita happy bila dia happy...insyaAllah tak kemana hati kalian tetap bersatu...jika dia terpaksa pergi let him go, if dia pilih orang lain sekali pun biarlah sebab TAK GUNA paksa, don't push anything sebab semua terjadi ada sebabnya...kalau kita paksa kita takkan happy...paksaan jenis apa pun, paksa kekasih, paksa anak, paksa keadaan, kita kena redha bila kita dah buat segalanya degan baik...and pembaca kalian anda semua deserve the best! and if u dah usaha and redha insyaAllah the best will come to you...semuanya link to each other...contohnya?

Saya ambil contoh waktu pengalaman saya dengan ustaz, ada sebab saya jumpa dengan dia dan hadapi dugaan nie, hingga saya terpaksa berhenti belajar untuk beberapa semester sebab dugaan saya dengan Ustaz...saya ingat lagi kalau saya tak jumpa dia saya tak mungkin menjadi sekuat sekarang sampai saya berjaya menang Award and straight A student, sebab sebelum ni saya belajar for the sake of nak dapatkan diploma, tak serius..masuk class memain...kalau saya tak jumpa ustaz saya tak rasa jadi kurus dan cantik dan ramai peminat, so selepas peristiwa dugaan yang sangat kuat saya masuk balik University dengan "rupa" yang baru, semangat yang baru sampai menang award! saya jadi lebih berani, kuat dan bersemangat, saya dapat class yang banyak student hensem hensem(sempat lagi!) hehe! dulu masa buat presentation saya malu malu, tapi semangat baru saya membuat saya berkobar kobar nak buat presentation...apa yang saya present? saya present tentang siapa saya...siapa Tgirl...apa khunsa...sampaikan semua student menunggu saya untuk buat presentation, yang mana dah habis sanggup masuk balik semata nak tengok presentation saya, student dari class lain pun datang, student dari negara luar pun excited...YES sebenarnya HEBAT menjadi lain dari yang lain! Uniquenya saya/kita sampai semua nak tahu, ada yang ambik kerusi duduk depan depan saya...bawaknya aku emo kat depan tu tak pasal pasal terkena penampar hehehhe...cian anak orang...so memang ada pihak tak suka tapi ramai yang suka dari tak suka...internationally! So inilah maksud saya bila saya katakan semua yang terjadi ada hikmahnya, ada link to the link and sangkut pautnya...

Cinta juga memerlukan pengorbanan seperti saya cakap awal awal tadi, banyak yang saya tengok lelaki/perempuan terpaksa kawin dengan bukan pilihan hatinya, tapi kemahuan keluarga, disini pengorbanan harus kita buat dan redha dengan keadaan, biarlah dia buat keputusan...kesimpulannya, kita sebagai kekasih, kawan, parents or whatever, kita jangan paksa, don't push something to the limit, kalau kita tak push kekasih kita dia mesti lagi sayang, yang terjadi akan tetap terjadi, jodoh pertemuan ditanganNYA, ...nasihat sekali, dua, tiga then let it go...

Saya pernah berfikir " bila kita nak mengubah seseorang tu, (nak suruh seseorang belajar, mendalami agama, bertukar sifat/perangai, nak suruh seseorang berhenti merokok/minum) bukanlah dari cara paksaan, bukan belikan buku then paksa suruh baca, bukan menjerit marah pukul seksa jiwa dan raga seseorang tu and paksa dia, tapi bila kita berjaya buka hati seseorang tu dengan menjadi contoh yang baik atau sebagainya sampai terbuka dan lembut hati seseorang tu untuk membeli sendiri buku and belajar sendiri, berhenti minum atas kemahuan dia...atas kemahuan hatinya sendiri...dari situ hatinya lebih ikhlas... Respect need to be earn, kalau kita nak orang respect kita dan menerima kita seadanya, kita kena buktikan kita juga boleh berjaya siapa pun kita...lelaki, perempuan/ gender yang istimewa...and pandangan serong selama ini adalah salah! semua orang ada baik buruknya tak kira jantina...terpulang dengan pilihan jalan hidup seseorang...yang penting jangan  cepat and mudahmenghakimi sesiapa, siapalah kita atau orang untuk menghakimi? hanya Allah yang berhak menghakimi...so don't play God!

Nanti saya cerita macam mana saya boleh hilang sabar kat balai polis sampai semua polis terdiam ek, masa tu dah la kena ragut! tetiba nak jadi ustazah pulak! dahla tengah tension, umpama menyimbah minak atas api la kan!nak terima prejudism lepas kena ragut and semua hilang bersama bag Gucci ku??? sudah tentu tidak! ..hehe..mana mana ada prejudism...but sometimes we gotta know how to shut them up! ~bitchSlap~ hambek kau! hehe...nak gi mandi sat...




No comments:

Post a Comment