Friday 16 September 2011

Chapter 7: Love, Happiness & Depression "love yourself before you love anyone"part 3

                                    We must always keep on upgrading ourselves to be better and better...

I still remember one day, masa nak minta my doctor to fill up my prescription, I went to PPUM tingkat 3 ward psychiatry, I was waiting for my doctor, sambil sembang sembang dengan nurse, masa tu ward tak ramai sangat, tiba tiba ada this one girl datang kat I, she's pretty and cute and she look very young. Dia datang kat I and tanya " how does it feel to be so tall?" by the look of her eyes and the way she speaks it shows that she's on medication at that moment. I just jawab "it feels great..." tapi dalam hati saya rasa sangat simpati dengan dia, dia nampak macam budak pandai, well spoken, cute and pwetty...then i terus tanya dia apa dia buat kat sini and said she should keluar and have fun, study and go out on a date or something. Umur dia baru 16..then she replied in a very low voice" nooo, boys hurt me", I looked at her and peluk dia and said everything its going to be alright, she's beautiful and smart...jauh disudut hati saya sedih sangat masa dia cakap macam tu. Apalah budak comel macam dia buat kat ward yang terkurung siap ada guard lagi...betul betul terkurung...sedangkan dia deserves better then this...or maybe i just don't know her real story...but what i know is the hurt, the pain...of loosing someone you love ....apatah lagi if someone played you...Alhamdulillah setakat nie belum ada orang yang main main kan saya...Nauzubillah...but i guess the pain and hurt which leads you to depression is the same...I wish i could talk to her more and kuatkan semangat dia...jangan jadi hamba cinta, life is more than that... minta jauhkanlah depression nie dari masuk dalam system kita...saya memang benar benar bersyukur yang keadaan saya so much better now...depression selalu datang pada orang yang sangat fragile hatinya...ada yang saya kenal, dia dulu tempat saya meluahkan perasaan, dia perempuan yang baik, bertudung, taat pada suami, bila saya tengok dia rasa tenang je hati, Tapi yang sedihnya bila dia dapat tahu suaminya bercontact dengan bekas kekasih dia bukan nak bercinta pun, kawan saya tadi terus hit rock bottom! tarus taknak bercakap, terus tak betul, Subhannallah...bila terjumpa dia setelah lama tak jumpa dia hanya mampu tersenyum 5 minutes jer then dia murung balik...sedihnya saya tengok dia and anak anak...fikirkanlah anak anak...begitu hebatnya penangan cinta...

Bukan semua yang kita nak Tuhan akan bagi, tapi kita harus teruskan berusaha, tapi kita jangan takut gagal sebab melalui kegagalan kita boleh gunakan untuk menuju kejayaan. " we are not a looser unless we stop trying" dan setelah kita dah cuba and berusaha bersungguh sungguh, but tak jadi juga kita harus redha, mungkin apa yang kita hajati bukan milik atau rezeki kita, atau bukan masanya sekarang...mungkin akan datang, macam apa yang jadi pada saya dulu...

Depression jadi bukan hanya jadi dari kehancuran cinta, ada banyak sebab boleh membuat seseorang tu depressed, mungkin kerana jatuh bankrupt, dari kaya jatuh ke miskin, apa yang dihajat tak sampai, kehilangan family...kehilangan harta benda, takder kawan, sunyi, lonely...itu sebab sebelum kita memulakan sesuatu kita kena tahu risikonya, kita mesti ada back up plan, kita mesti ada banyak plan, plan  B, C, D and jangan terus duduk di zone plan A yang selesa sahaja and tak beringat tentang risiko. Dengan ada nya beberapa back up plan, kita boleh bersedia hadapi risiko, dan ini boleh sedikit sebanyak mengelakkan depression...and banyakkan pergi or dengar kat youtube kuliah kuliah agama, personally saya minat Ustaz Kazim...and Ustaz Azhar Idrus...

The meaning of "LOVE YOURSELF before you love others"...masa saya kecewa dulu, saya tak faham and tak suka beeberapa ayat, termasuk ayat nie...bila kita kekurangan kasih sayang, sometimes we need orang lain to prove we love ourselves, tambah pula bila kita hanyut dalam percintaan, kita sering nakkan perhatian...pada kita waktu tu kalau ada lover/ kekasih baru kita rasa kita boleh love ourselves padahal tidak! no no no, we do not need other people to prove that we love ourselves...bila saya sedar and mula memahami? lepas saya bangun dari kekecewaan lalu...baru saya sedar lama betul saya tak jaga and happykan diri saya sendiri! Saya tak sedar saya dah jadi Aneroxic( walaupun ada hikmah) saya tak makan or minum...5 hari sekali jer saya makan, nasib baik saya cepat sedar, Aneroxic nie system body boleh shut down anytime...ingat lagi masa saya jalan kaki ke Sunway Pyramid, tiba tiba saya tak boleh jalan, saya berdiri jer nak move susah sangat, tapi otak masih boleh berfikir " gerrakkan tangan untuk mengambil handphone and call mommy", berkali kali saya sebut, then saya cuba sedaya upaya jalan slow slow sampai juga ke pyramid, masa tu ada booth Celebrity Fitness so saya terus terduduk kat situ, orang orang kat booth tu punya risau, diorang bagi saya chocolate tapi body saya shut down masa tu, system body saya tak terima makanan...pernah uOlS laparrr sangat then lepass makan uols rasa lega? dapat rasa nutrient dari makanan tadi boleh absorb dalam badan kan? tapi masa tu saya tak boleh, my body shut down! waaahhhhhhhhhhhh masa tu teringat penyanyi Karen Carpenter yang mati sebab aneroxic! cuak juga lah! then saya cuba makan slowly akhirnya after a week macam tu my body function normal balik, masa kat Celebrity fitness tu diorang timbang and buat health analysis, saya kekurangan body fat sebanyak 20%...hikmahnya saya jadi slim daripada badan yang gebooo uols tengok kat gambar i post tu kan? TAPI! saya hanya boleh pakai baju ikut badan but mesti bertutup, bahagian dada boleh la sexy sikit but perut and lengan kena tutup, tak boleh pakai bikini or swimsuit! why? cuba uols bayangkan betapa gebonyer saya dulu and tiba tiba mengecut dalam masa dua bulan jer saya pakai jeans size 24! Kulit kulit lebih saya bak kata mak tiri saya macam langsir tirai! haha! slim memang slim tapi tak anjal, saya tarik kulit perut saya ada dalam 8 inches...boleh lap meja lagi! ingat lagi masa tu saya ada bf baru dia ajak gi camping kat PD, so saya dah lamaa sangat nak pakai bikini, now dah kurus ingat boleh la...tapi saya tau tak boleh tapi nak try jugak...saya gi kat satu swimsuit shop and ada this cute lil girl came to me and tanya nak try? I tanya dia samaada i boleh pakai bikini? dia cakap ofcooozzzzzzzzz sebab badan saya cantik n slim, saya senyum n gi kat fitting room and try, i suruh dia tunggu n lihat, bila saya dah pakai n panggil dia suruh dia tengok, dia ternganga dalam 5 minit! hehehehehe...hambik kau...saya tanya dia ok tak? dia terus ternganga takder respond, saya cakap "i guess not" and terus beli swimsuit instead of bikini! hehehhe, saya pun sizing balik, saya cuba nak hilangkan kulit lebih tu sampai saya buat sit up 300-600 kali sehari but doctor cakap dah tak boleh buat apa dah kecuali potong kulit tadi, bukan perut jer yer, hampir satu badan, rm 18k if nak buat, so saya fikir baik buat sizing dari jadi voodoo doll, so saya naikkan berat badan balik and kurus cara sihat, nak tau cemana? nanti saya cerita k...lagi satu bila keadaan saya makin pulih is the cut, hirisan yang saya buat waktu kecewa dulu, bukan je tangan tapi sampai kaki ada parut masa saya hiris hiris pakai pisau, tapi saya tak menyesal dengan parut tu, ramai orang tanya, tak menyesal ke? rupa dah cantik tapi ada bekas n parut belah tangan kiri saya and kaki kiri, saya jawab saya tak menyesal, and saya taknak buang pun parut tu...why? sebab setiap kali saya lihat parut tu mengingatkan saya supaya lebih berhati hati dengan apa jua tindakan dalam hidup, love, life whatever...so i became stronger bila i lihat parut i...it reminds me of how close i was to death...how important to be careful in life and love...how it can kill u if u ikutkan hati sangat, if u terlalu fragile...so no more drama in my life! im not scared of anything...i am stronger and I LOVE MYSELF from then on~~~ memang saya dan ustaz A saling menyayangi tapi saya harus faham and akur dengan keadaan yang kami memang tak boleh bersama, barulah saya faham erti sebenar cinta tak semestinya memiliki, cinta tak semestinya bersatu...saya tahu sekarang jauh disaudut hati kami berdua, kami masih sayang each other dan itu lah yang penting, tak semstinya bersatu but we know we love each other very much...


Kalau uols perasan, masa ni lepas aneroxic, kulit kulit di tangan saya jatuh, macam orang tua...so lepas nie saya naikkan balik sikit badan and kurus cara sihat...Cara sihat saya gunakan is saya makan jamu jamu, Herbalife, L-carnitine untuk lajukan metabolism, Carb blocker...

Masa nie lah permulaan saya fahami erti menyayangi diri sendiri...sebab masa nie i'm soooo in love with myself...nak melawa jer bila dah kurus...and saya dah start involve dengan banyak kerja amal dengan doctor doctor yang nak menolong gender "istimewa", also bantuan untuk homeless, ibu tunggal dan sebagainya...


Dalam gambar nie masa tengah nak naikkan badan untuk buat sizing balik and kurus secara sihat...tapi yang penting transformation yang sangat seronok! Alhamdulillah saya dapat banyak perhatian dari ramai orang, lelaki, perempuan, maknyah, gay and macam macam lagi, dari sini saya tahu orang sukakan kecantikkan, alhamdulillah saya ada dalam kategori tu, bukan nak sombong tapi setelah selama nie hidup dalam dunia sendiri, badan yang sangat besar tiba tiba kecil dengan sekelip mata, dapat tawaran modelling, dapat kenal dengan macam macam lelaki, ramai perempuan yang tanyakan rahsia saya menjaga kulit which saya akan berkongsi dengan uols semua later...ada beberapa kali keluar date dengan celebrity...one thing i sedar masa i badan gebo banyak arab yang suka..kaya kaya uOlSs! masa dah kurus banyak mat salleh suka...model model uOlSs!! hehe...and masa nie lah yang mengajar saya how much "loving yourself" lebih seronok and oce kita sayang diri kita baru kita boleh sayang orang lain and orang lain pun sayang kita...RAMAIIII uols! thats why we loveeee ourselves first, seronok melawa lawa and jaga kesihatan, takder lelaki berani nak memain ngan kita! masa tu if I rasa diorang buat perkara remeh temeh and mengada start buat perangai jer, get out! tak kuasa melayan, aku dah hadapi kekecewaan yang teruk dalam hidup selama nie so drama drama ni aku dah tak layan! banyak lagi lelaki yang baik baik kat luar sana buat apa nak membazir masa ngan yang tak guna kan?

Masa ie I ramai kawan girls, but my real best friends sambung study overseas, so i hangout dengan few girls yang ada jer kan...tapi diorang jealous uOlSsS!!! I tak suka cakap belakang tapi kalau dia dah jatuhkan maruah I so i nak cerita kat uOlSsS! Satu malam tu diorang ajak datang party kat herritage row, tapi i takder transport, so i pun start la berSMS dengan semua ex ex ex bf i...malas nak keluar if ada yang reply ok lah, tiba tiba satu mamat nie reply cakap dah adda kat bawah! Aduihhh i tak siap hapa pun, contact lens pun tak pakai dah lah rabun tahap maxima! capai jer apa yang ada...tak make up langsung! Mamat nie dah lama nak couple balik ngan i, so I sampai bawah jer dia pakai BMW dia wahhh...maklum lah nak impress i keennn...dalam kereta dia pegang tangan i kata nak couple balik lah apa lah, i cakap tengok dulu....ehhhh rimas lah dah la muda 4 tahun dari i, ntah dah mimpi basah ke belum...So bila dah sampai I pun masuk club cecepat coz dah lambat, sampai sampai jer i tengok 1 group kawan i dok keliling mat salleh sorang nieh, mat salleh tu kawan perempuan i punya kawan so dia pun introduce kat i...nama dia Mr.B, muda dari i 2 tahun, dia cousin kepada sorang DJ/VJ yang sangat popular masa tu...ENCEEMMMM....Masa dia salam kita taknak lepas tangan, terus taknak berenggang ngan kita...I punya ex bf tadi dah tunjuk muka...aduihhhhh takper biar i kerjakan mat salleh nie dulu later nak gaduh gaduh lah k...I dah tau pun apa akan jadi later sebab pompuan yang kenalkan i pada Mr.B tu huiiihhhh mulut dia kalau dah jealous! pompuan ke maknyah ke lelaki ke semua lah kalau mulut dah jahat! seburuk buruknya manusia! hati busuk! takperrr Mr.B dah taknak kat kauuu nak buat cemana kan...oowwwhhh don't hate me cause i'm beautiful, but the thing is SEMUA ORANG CANTIK pada saya tapi kalau hati musuk mulut jahat secantik mana pun kau tak guna!!! sayang betul! Sooo anyways Mr B and we allsss dah sambung after party kat club kawan i yg mulut jahat tue...Mr. B tak tau I nie ke'special'lan gender yerrrr bukan ke'celaru'an but ke'istimewa'an gender...so kita pun bersembang sembang, bermanja manja pastu uOlsss pompuan bengong tu asyik panggil Mr B jer sebookkkkkkkkkk! Mr B pun dah tak larat melayan pompuan bangang tu, masaalahnyer dia tu ada laki mat salleh jugak kat Europe...jangan la dengki, pastu kan, Mr B datang kat manja manjan balik dah Ex BF i tadi buat muka ketat! aduuiihhhhhhhhhhh...takper kita gaduh later dalam hati i....bagilah peluang i bermanja dengan Mr Hottt stuff kejap sat lagi mulut pompuan gila tu akan meletup jua...so i nak luangkan masa secukupnyerrr...Mr B cakap sebenarnya dia tak taste dengan Asian women but when he lay his eyes on me, he said i can't take my eyes off you ...waaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ...rasa macam Victoria's Secret angel yang terbang dengan kepak paling besar...pastu dia cerita la dia sepatutnya gi Penang esok tapi dia taknak pergi sebab nak spend time dengan I, aduih i cakap owwhhh dahlink go go go to Penang, see the beautiful Malaysia....(dalam hati no no no see beautiful me me me) tapi sebab I dah tau pompuan tu bakal bagitau ke"istimewa"an gender I kan so terpaksa lepaskan dia pergi, if you sayang soeone let them go kan? gitueeeeeeee...so dah pujuk dia suruh pergi Penang esok, settle dia pun setuju tpi dia kata satu syarat, dia balik dari Penang je dia nak hangout ngan I, ahhh yerrr lahhh...so i pun balik rumah...daaaahhhhhhhhhh nak melayan my ex bf pulakkk aduihhhhh, dia punyalah marah! dia bawa kereta BMW dia tak jejak bumi!!! dalam hati I nak tergelak pun ada, first of all dia my EEXXXXX bf, dah ex dah nak cemana lagi...dia pot pet pot pet bawa macam nak racing aku pun berdoaaaaa, aku belum kaweennnn, boleh kawin ker? aaahhhh boleh jer!!! Lepas tu kan uOlsSs...esok Mr B tak contact i, dalam hati i, pompuan tu buat movie sinetron apa lah kat Mr B pasal i...i tak mengharap pun, tapi memang suka kat dia...maybe dia tak suka gender ku yang comel ini kan, tapi i suka gender i...comel, tiut, Anywaysss seminggu berlalu....takder sms apatah call dari Mr B...satu hari i lepak ngan kawan i mulut jahanam tu, I ni baik lagi biarlah orang buat aniaya kita, tak takut dosa gamaknyer...so dia sms Mr B and Mr B balas...so i pun first time sms dia buat buat tanya khabar...pastu dia balas uolsssss! haaaaaaaaaaaaaa nak tau apa pompuan tu cakap??? bukan pasal genderku, rupa rupanya dia cakap yang saya nie PELACUR!!! lepas tu my EX bf malam tu adalah my bapak hayam!!!!! hahhahhahahahahah bukan saya marah gelak lagi ada....Astaghfirrullahhhhhhhhhhhhhhhh, sampai macam tu sekali kan orang mulut jahat nieeeeee???!!!!! Mr B punya sms berbunyi begini "if only I knew that u're a whore and that guy is your pimp i would punch you in the face and kick u in the stomach"!!! lepas i gelak dengan panjang nyer, dengan senang i balas, " if u wanna believe what ever the girls at the club that night said about me, you don't have to punch me in the face or kick me in the tummy, you can kill me!", pastu Mr B balas" meaning you're not a whore and that guy wasn't your pimp??? I balas " i'm a good student in a respectful college and family, no such thing i'm a whore and that guy that night is my ex bf",...Mr B terus tak balas lagipun esok dia nak gi Australia pulak....wahai uols uols yang i sayang...janganlah kita mulut jahat macam tu sekali...apa punya jenis manusia tueeeeeee i baru jumpa...jealous macam tu sekali buat apa? dia kan ada bf...ensemmm, tapi bf dia kat europe nak sangat Mr B kot hambeekkkkkkkkkkkk, i love myself more than to layan kerenah kau!

 Macam tu lah kebaikkan bila kita dah sayang diri kita, sedih tu sedih tapi kita rasa kita dapat control keadaan dengan tenang, masa saya tak tau erti "love yourself before you love others" saya umpama hamba cinta, tak dapat control keadaan hanyut...tapi dengan Ustaz A memang benar benar cinta, kami sama sama saling sayang each other but keadaan tak mengizinkan, saya massih ingat masa ustaz A menangis nak lepaskan saya...dia tanya dia tak boleh lagi, tapi dia sayang saya lebih dari apa pun...saya redha demi kebahagian semua orang...JAIS, JAKIM JAWI pejabat KADI, nak sangat ustaz I ambik lah...sejak dari tu hati saya macm merajuk dengan orang masjid di kawasan rumah saya tu, saya tak menghormati mereka sebab diorang pernah panggil saya datang masjid untuk bincang, tapi salah sorang orang masjid tu cakap saya taknak duduk sebelah dia, allergic! kurang hajar! allergic...saya pun bukak tudung...saya cakap dengan diorang i'm sorry if you cannot respect me i will never respect you...tapi salah sorang penceramah kat situ, cakap dengan nada lembut, I understand and respect you, please put on your selendang...sejukkk hati dengar, terus saya pakai balik...perbincangan bermula, saya tunjuk bukti tapi saya tak buka album gambar tu setelah apa diorang buat pada saya, diorang semua nak tengok sangat, tapi saya rasa tak sedap hati...diorang berjanjilah nak tolong saya lah apa lah, demi nak tengok album gambar tu, nasib baik saya tak tunjuk...saya tak mahu buka aib ustaz...akhirnya diorang tak tolong pun...owh ya saya janji nak cerita pasal incident balai polis lepas saya kena ragut kan? ok ok lepas nie saya cerita kat uOlsSs k...janji stay tuned tau...so uOlSsS dah dapat maksud pandangan saya tentang "loving yourself" before you love others kan? ada few cara i, semua ikut cara massing masing how to love yourself yang penting matlamat sama k...loving yourself dengan respect yourself, make yourself more beautiful, make yourself more intelligent, learn more things so that you can share things, don't be a hater, its all love in here...everyday is a learning process and keep on upgrading...

Teringat satu peristiwa nie, ada maknyah tu tengah jalan memang cun!!! tapi ada bebudak naik motorbike, and ejek ejek maknyah tue,,maknyah tu pulak jerit balik lepas tu maknyah tu kena booo and gelak gelak...mungkin kecelaruan hormone kowt, tapi apa yang saya nampak that day, maknyah tu patut tak payah layan bebudak yang mengejek dia, if she love herself she should just biarkan sebab dia memang cantik, bebudak tu bengang la tak dapat dia kowt! Its very important to love yourself, once you love yourself, you don't even care what others say, non of their unkind words can effect you and your life...semua yang pandang that Tgirl mesti kagum...tak payah layan lah uOls benda remeh temeh nie, dulu i pun pernah marah marah sebab tengah tension and tengah tak takut sesiapa pun, tekanan ustaz lagi, tak cukup makan lagi hehe, but now Alhamdulillah dah dapat control my heart mind and soul, i'm so in love with myself, i don't take bullshit from anybody, maki bila pelu jer macam case kat balai polis tue...hehhehe berani mati ler balai polis la pulak, yer yer yer nanti kita cerita kat uOlsSs nak relax sat...anyways tak kira kita lelaki perempuan Tgirl, jangan lah nak mengutuk and menghakimi, kita semua ni siapa nak menghakimi? and uOlSsS please love yourself, jangan ikutkan emosi hormone anda semata, pompuan betul pun ada yang kuat emosi kalau hormone diorang berkecamok! terutama time period! hmmm girllssssssssss guysssss, Tgirlssss...love yourself k...


Once you dah kenal diri you and learn to love yourself, you are ready to kick off the world, the world is your oyster...you can control things...control your heart, mind and soul...you tak mudah melatah...siapa nak buat hal ngan I by this time nampak my red shoes tu? hehehe this shoes are made for walking, this shoes are made for you, one of these days thes shoes are gonna walk all over you! haaa hehhehehe....kasut nie untuk mulut mulut yang jahat and hati busuk! 5 inch red platform! hambekkawww...









No comments:

Post a Comment