Wednesday 8 June 2016

I AM BACK!!! Chapter 1




Assalammualaikum, good evening, selamat berpuasa kepada yang berpuasa...Alhamdulillah, Allah SWT panjangkan umur saya untuk memberi peluang untuk saya berblog semula setelah 5 tahun atau lebih tak berblog dan saya akan ceritakan apa yang berlaku satu persatu.

Sebelum itu saya nak bagitau yang lepas ni saya akan jadi firm blogger dan vlogger yang tegas setelah apa yang saya lalui, dari pusat zakat, jabatan buruh, tempat kerja, makan mana yg sedap dan service yang bagus atau sebaliknya, rahsia kecantikkan , apa perempuan dan lelaki dan apa saja gender perlukan..dan semua ini adalah dari my POV. Apa yang saya lalui dan lihat dari mata dan kepala saya sendiri. 5-6 tahun tak menulis banyak yang saya lalui, saya akan sebut nama nama orang orang yang menyakiti saya, company mana yang menganiayai saya, jabatan mana yang bodoh dan bagus. Mungkin mereka boleh ambik sebagai pengajaran dari tulisan saya atau meningkatkan prestasi dan if i kena tembak polis silakan cari mereka mereka ini. Sorry I got to be firm! haih dah Allah buat saya keras kepala dan berhati batu macam ni nak buat cane. blog ni is my legacy before i die sekurang kurang i bukan meninggalkan nama je, tapi mungkin generasi turun menurun tahu how to handle certain things the right way. you dont have to agree with me in everything i write. I dont care what people say coz kita takkan dapat tutup mulut manusia, kita buat baik salah buat jahat apatah lagi.Semua ni dari pendapat saya sendiri.  if u want a private session u can pm me. lets get started...rooaaarrrrrrr

Pada suatu hari (cewah mcm cerita dongeng) saya baru balik dari exercise...kepala kosong tak fikir apa apa pun.rehat macam biasa atas katil. Tiba tiba terasa satu beban menghempap saya, seluruh tubuh menggigil! Ya Allah ya Tuhanku! what have I done! yes... saya sekali lagi terima hidayah dari Allah SWT. saya tahu kenapa saya memberontak walaupun dah menunaikan umrah. Kerana saya marah dan merajuk dengan Tuhan selepas berpisah dengan Imam Masjid tu. Marah kerana dilahirkan transsexual. Marah tak dapat merasa mendengar seorang lelaki menglafazkan "aku terima nikahnya....." di depan tok kadi. saya jadi alcoholic, mabuk, dan sebagainya mencari arah hidup dengan jalan yang salah. Saya mempersendakan agama....so diwaktu itu saya baring atas katil, relax...saya pun rasa bergegar jantung...i kept on saying what have i done...what have i done! kelam kabut mandi, tercari cari sejadah, tercari cari ayat ayat ubtuk dibaca dalam solat, saya tak ingat!!! saya tak ingat!!! ya Allah! saya nangis tersedu sedu!saya terduduk...saya jumpa tapi saya hilang...bingung. saya tercari cari buku panduan solat...slowly i start to remember...saya benar benar rasa berdosa, saya benar benar nak kembali pada Allah waktu tu. perlahan lahan saya belajar balik agama, saya belajar mengaji, baca buku buku agama dan yang paling menyentuh adalah buku tentang riwayat hidup Imam Syafi'e. Itulah mulanya saya berhenti menulis blog dan mula mencari...siapa...SAYA.

Alhamdulillah dengan bantuan adik saya Alesya founder of Hijabella Safiyya u all tgk jubah dia cantik tau! ambik yang princess cut nak raya nie! lol sempat jugak tolong adik sbb ni laptop dia dan pakaian yang dijual memang cantik dan harga berpatutan sesuai untuk raya, dia ada di instagram.adik saya kenalkan dengan group Ustaz Azhar Idrus. And he is a good man, sincere n we had teh tarik with our small group for few times. waktu tu saya berjubah, rambut panjang.Solat di saf lelaki.Waktu tu saya cuba berdakwah apa yg saya tahu sahaja dan secara lembut contohnya mengajak kawan kawan FB solat bila tiba waktu, tapi as i mention above ada yang kata kita berlagak alim lah apa lah, cakap lah lagi, terima kasih menambahkan pahala saya ye. Saya mula istiqomahkan solat saya dan betulkan bacaan dan cuba ingat surah surah penting seperti ayat Kursi dan sebagainya. Saya baca buku Travelog Haji, buku tu saya bagi 5 bintang! he wrote it in his own way like what im doing now, from my eyes, from my heart from the things ive learnt, That is a gooooooood book! sejak dari tu saya istiqomah solat dan qada solat yg saya tinggalkan dulu semampu saya. Saya, adik dan kawan saya selalu gi kuliyyah agama sama sama, samaada Sheikh Nuruddin, Ustaz Azhar Idrus atau sesiapa sahaja dan yang paling best saya sukaaaaaaaa sangat tengok dia is Habib Ali Zaenal Abidin! masa majlis darul mutaza, begitu ramainya manusia, tak sempat salam, so hampa, then i hangout at my sister's booth n suddenly he stopped his car at the booth ...i was like OMG OMG!what should i do?! my sister went like "pegi la salam dia!" i pun salam, dia tanya apa khabar, i went alhamdulillah! caiirrrrrrrr...I like mostly everything about him, the way he walk, the way he speak, the way he smile, Allahuakhbar...

Sejak saya terima hidayah, saya mula kenal dan minat dengan Prof Muhaya, ramai yang pertikaikan kenapa dia berceramah sedangkan dia bukan ustazah. Saya nak tolong orang melalui blog saya ni tapi saya takde ijazah dalam psychology or counseling. So how? I dont learn from text book darlings...Doctor doctor yg hanya belajar dari buku pernah tak diorang rasa apa sebenarnya rasa depression, yes mereka faham diagnosisnya, like if org tu mcm ni mcm ni, owh dia diagnos mcm ni n ini ubatnya...ubat yang tak tahan lama, saya lebih suka psychologist, salah ambik course masa di Limkokwing. Takpe kita bincang tu kemudian dalam topic lain. Kemudian saya banyak dengar Radio IKIM, ceramah dalam youtube dan sebagainya. But,
saya sebenarnya dah  melalui perkara ni banyak kali, hidayah, saya rassa umpama sering ditegur Allah, dan bila kita nak merapatkan diri kita dengan Allah, HabluminnAllah...Syaitan akan lagiiiiii rapat, Jadi kerana inilah saya tidak menulis buat sekelian lama. Mencari diri...apa kesimpulannya dan dimana saya sekarang? tungguuuuuuu...

Pada saya yang paling penting NAWAITU/NIAT kita, one of my best friend yang pernah ada kisah lampau yang kurang baik, tapi dia selalu cakap, Alfee, satu hari nanti I nak bertudung dan pergi ke kulliyyah etc etc...saya dapat melihat keikhlasan beliau, dia tak boleh tgk binatang kelaparan, If ada makanan dia akan beli and sometimes sanggup beli utk bagi kucing or any binatang makan. She's one of my best friend now, tapi harap ikatan persahabatan ni kekal sebab dia Gemini kadang kadang terlepas kata pada saya yg Pisces ni, saya pun terlalu sensitive, well its my nature kan, saya panggil dia Meow...I lost friends but I met few new friends so its ok coz i need QUALITY friends not QUANTITY, Tahun ni saya banyak hilang kawan, takpe ...saya Redho...saya ingat kan diri saya n if u all nak fikir mcm saya silakan...dalam 6 tahun saya tidak menulis apa apa ni, saya belajar sesuatu yang susah tapi kita kena...berusaha sebaik mungkin, tawakkal dan redho, 3 ayat ni, Usaha, Tawakkal dan Redho walaupun kadang kadang terasa usaha kita tak jadi seperti yang diharapkan sebab kita dah usaha dan berdoa tapi semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz, dan ada kalanya saya lost, depression saya menghimpit diri, tiba tiba kawan saya Fairuz ingatkan saya sepotong ayat yang buat saya tersentap dan terus pegang dengan kata kata beliau, Alfee kitakan kena percaya dengan Qada dan Qadar? Ya Allah! macam mana aku boleh terlupa dengan rukun Iman dan rukun Islam? Terima kasih Fairuz dan Meow/Mia...saya perlukan kawan kawan seperti ini untuk jatuh bangun bersama ingat mengingati,

Pada pengalaman saya, JANGAN BERUBAH MENDADAK, syaitan lagi dekat dekat dekat...pastu kembali lupa. Saya sekarang tengah menunggu result secara saintifik dari PPUM my hormone level kemudian DNA status khunsa ghair musykil saya, kemudian jumpa mufti n let see how it goes from there.

Masa saya baca kisah Imam Syafi'e saya terharu dengan peristiwa sewaktu beliau hampir diambil Allah SWT, Beliau Menangis, para sahabat beliau bertanya kenapa dia menangis? Dia menjawab "aku tidak tahu selepas aku mati nanti aku akan masuk syurga atau neraka"...Subhannallah ...dalam hati saya berkata sedangkan Imam kita bercakap demikian apatah lagi kita...Allahuakhbar!

Ada saya terbaca suatu kisah, seorang lelaki akan dimasukkan ke syurga, dia cakap alhamdulillah aku masukkan syurga kerana amalan baikku, Malaikat menjawab "bukan! tapi kerana Rahmat Allah!" tapi lelaki tu tetap berdegil lalu Malaikat cakap ok fine! jom timbang di Al Mizan hanya menggunakan sebiji matamu je! so bila timbang ternyata mata lelaki tersebut berat kearah neraka, kerana setiap hari kalau kita tak jaga mata pun dah banyak dosa apatah lagi yang lain. Barulah lelaki tu kata ok ok ok...kerana Rahmat Allah! Maka dia pun masuk ke syurga.

My darlings, walau siapa pun kita, samaada kita masih melakukan maksiat, masih minum, masih itu ini, Rahmat Allah Maha Besar, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang, letakkanlah Allah dihatimu, somewhere in your heart. Dont lose faith, Mulut orang? tak payah lah fikir apa kata mereka, kita buat baik salah buat jahat apatah lagi, Tidak ada orang yang layak menghakimi sesiapa. Saya suka mengkaitkan cerita saya dengan kisah para Anbia, para Nabi dan Rasul utusan Allah SWT kerana merekalah sebaik baiknya contoh dan Idola...Zaman Nabi Isa a.s ada seorang perempuan yang dibaling batu dan dituduh pelacur dan perempuan tu jatuh dikaki Nabi Isa a.s...lalu Nabi Isa a.s membuat satu garisan diantara orang ramai dan mereka berdua lalu berkata, baiklah, sesiapa disini yang COMFIRM MAKSUM, dan tidak pernah setitik pun membuat dosa yang layak membaling batu kepada perempuan ini sekarang, silakan, lama kelamaan orang ramai pun terdiam dan bersurai. Jangan sibuk jaga dosa orang lain sedangakan dosa sendirimu tak habis habis...saya ada terima satu panggilan telephone from a friend i tak tau dia kawan saya lagi atau tak hehe tak mengapa, dia nangis dalam phone, dia kata dia tak layak mendapat keampunan Allah kerana membuat banyak dosa, dan bukan dia seorang je cakap mcm tu, jawapan saya, Rahmat dah Pengampunan Allah itu Maha Besar...Sedangkan Nabi Adam a.s dan Hawa yang pernah melihat betapa Maha indahnya Allah SWT dan Cantiknya syurga tetap tergoda dengan godaan syaitan ketika itu, sedangkan Samiri yang pernah melihat lautan terbelah sewaktu Nabi Musa a.s menyelamatkan kaumnya dari Firaun pun sesat lagi menyesatkan sewaktu Nabi Musa naik ke bukit bertemu dengan Allah...mereka masih mendapat keampunan Allah SWT, apatah lagi kita? Kita umat Nabi Muhammad Rasullulah SAW...Kekasih Allah SWT...don't lose faith my friend Hetty, I love you all...always keep faith, keep Allah deep in your soul...salah satu impian saya adalah menunaikan Haj atau Umrah dengan all of my friends. Semoga kita semua menjadi jiran diSyurga Allah SWT kelak. Amiiinnnnn ya Rabb...ini my first chapter, Selamat menunaikan Ibadah puasa, gunakan bulan ini dengan sebaik baiknya...semoga Allah melindungi ibubapa, keluarga dan kawan kawanku/kita...amiiinnnn ya Rabb...saya ingin memohon keampunan jika saya ada tersalah cakap dan menyinggung sesiapa kecuali yg menyakiti saya...esok kita sambung lagi ye...mwahhhh

No comments:

Post a Comment