Sunday 11 September 2011

Chapter 2: Pengenalan part 2

Sekarang, jom saya cerita tentang siapa saya or "apakah" saya, Sebenarnya saya adalah seorang "khunsa", Khunsa ni ada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diraguidan jugakhunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid. saya memang ada dua identity. Saya dilahirkan sebagai apa yang parents saya nampak sebagai "lelaki",  tapi bila dah masuk umur 12 tahun, saya ni suka swimming so satu hari tu saya sedar dan semua orang tegur saya ada breasts, terutama masa saya tingkatan 3 masa tu ada health check kat sekolah, mula mula saya segan sebab takut kena ejek, tapi saya dah malas nak fikir, saya buka jer baju depan bebudak sekolah, tapi takde orang ejek pun, semua terkejut,terutama bebudak lelaki. Saya ingat lagi salah sorang dari mereka datang kat saya and suruh saya jangan buka baju macam tu lagi, saya rasa lega tapi masih hairan. Perubahan kedua is bila saya masuk umur 18-20 tahun bila adik saya tegur saya kena pakai panty liner, dalam hati saya apa pulak la benda tu...bila saya tanya adik saya kenapa kena pakai? dia jawab sebab ada cecair di seluar dalam, so saya pun sangat risau! memang dah lama perasan tapi ingatkan biasa jer lagipun saya selalu basuh sendiri seluar dalam, tapi kesan dia tetap ada...saya tambah risau bila Doctor kat rumah saya refer saya jumpa Surgeon di hospital Asunta and dia tak nak komen lebih... Wah! masa tu serisau risaunyaaa! ingatkan ada luka dalam perut ke apa ke! sampai ada tompokan darah, tapi bila saya jumpa Surgeon tu, dia kata jangan risau, darah and cecair tu bukan dari perut tapi ada "lubang" kecil yang mengeluarkan cecair tu. Masa tu Doctor tu Doctor India so mungkin dia tak tahu nak terangkan macam mana. So lepas berkali kali buat pemeriksaan barulah saya di ishtiharkan Khunsa. Banyak Doctor dan orang agama masa tu suruh saya buat pembedahan and jadi perempuan sepenuhnya, tapi lepas fikir panjang, saya taknak lah bedah bedah nie, rasa sayang nak buang pemberian Allah so setakat ni saya nak jadi diri saya sendiri, ada yang ketegorikan saya maknyah, biarlah mereka yang penting saya selesa dan itulah sebab saya namakan blog nie sebagai memoir seorang Tgirl bermaksud "Trans girl"...memang saya akan meneruskan rawatan dan berjumpa doctor tapi buat masa ni, saya senang dan selesa denagn diri saya seadanya. itulah sebab diawal tulisan saya, saya ada tulis saya merasa jadi lelaki dan perempuan dan dapat memahami sedikit sebanyak ideologi kedua dua jantina, saya tahu perempuan atau lelaki suka/benci apa, tapi apa yang tak mungkin saya alami adalah benda yang paling saya inginkan iaitu nak rasa mengandung dan ada anak sendiri sebab saya sangat suka baby.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang Alhamdulillah agak mewah. Ibubapa saya buat business sendiri, mereka mempunyai kilang yang agak lumayan. Kami dikurniakan dengan rezeki yang Alhamdulillah agak mewah dimana kami mampu mempunyai kereta mewah, pembantu rumah, Driver Saya masih ingat waktu saya membesar, saya macam kanak kanak lain, saya tak rasa saya lelaki atau perempuan, hanya pakaian yang membezakan. Ibu saya bekas model, saya ingat lagi waktu saya ke tadika, saya pakai seluar pendek tapi ibu saya suka pakaikan saya stocking yang panjang sampai lutut sebab saya masa kecil kurus dan kaki saya panjang, very long legs. Kanak kanak di sekitar kawasan rumah saya pula bukan jenis yang suka mengejek atau diskriminasi. Saya pun tak memikirkan soal jantina saya sebab apabila jiran jiran lelaki saya ajak main bola, saya pun main, apabila saya main masak masak atau anak patung dengan jiran jiran perempuan saya, budak budak lelaki datang juga main sekali, tapi saya juga sangat suka main Transformers, Masks, ThunderCats, haa yang tu budak perempuan jarang main, saya ni lasak jugak nie! hehe, tapi bila time masak masak bebudak lelaki mcm kena paksa main jugak n diorang pun suka n tak kisah pun, macam cerita Upin dan Ipin...hehehe, bila Mei Mei ajak main masak masak bebudak lelaki semua bosan tapi main jugak kan? hehe..

Apa yang boleh terangkan saya zaman kanak kanak dan sekolah dulu adalah saya seorang yang lasak dan feminine pada waktu yang sama. Memang ada keluarga yang komen saya ni lembut, tapi jambu juga garang dalam masa yang sama.  Bila masuk zaman sekolah rendah jer habisss, saya sangat tak suka dengan uniform saya! budak budak perempuan selalu dapat priority, keutamaan, kalau van Milo or susu yang sedap tu datang haaa diorang la dapat dulu! eeeeeeeeee geram! hehe, saya selalu nak pakai pinafore or baju kurung..dalam buku saya nanti saya akan menulis lebih detail dan lebih pengalam yang saya alami dan saya akan selitkan sikit sikit dalam chapter seterusnya...

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.proud of you.u seens strong babe!

    ReplyDelete