Tuesday 20 September 2011

In love...dengan suami orang??? ooopppsss



Hmmm...Jodoh, Ajal maut hanya Allah yang tahu, Allah juga bagi akal fikiran untuk kita berfikir apa yang terbaik untuk kita, tapi setelah kita berusaha, tapi tetap bukan jadi apa yang kita nak, kita haruslah redha dengan Qada' dan Qadar...

Cinta tu buta, tak mengenal siapa, paras rupa, harta benda kalau seseorang tu dah bebetul jatuh cinta but now i nak kongsi ngan uols uols nie pasal bercinta dengan suami orang terutama pada kawan kawan PEREMPUAN saya yang nak berkahwin dengan suami orang. Dalam Islam seseorang lelaki boleh berkahwin sampai 4 but ada  terma dan syarat, uols semua dah sedia maklum lah dengan terma dan syarat tu kan? if belum gi baca buku agama or anya ustaz coz i'm not one...Poligami tu boleh jadi macam macam, sakit, indah, cemburu, tenang malah dijanjikan payung emas di Syurga tapi hanya bila poligami tu benar benar berlandaskan agama dan hati perempuan tu kena benar benar kena ikhlas dan redha. Seseorang suami yang berpoligami tu WAJIB adil dengan isteri isterinya TAPI Suami tu hanya boleh adil dari segi harta dan kasih sayang tapi bukan emosi isteri isterinya, contohnya sorang rumah, kereta, dan lain lain, satu hari sana satu hari sini...dan sebagainya...so bila suami dah adik dari segi itu, tapi isteri isteri masih nak emosi, jealous, merasakan massih tidak adik, cemburu sangat, suami tadi tak berdosa...sebab dia dah adik dari hukum agama...

Fikir sebelum berkahwin/bercinta dengan suami orang.


1) Fikir adakah anda bersedia dengan risiko tentang apa yang bakal terjadi? contohnya serangan isteri pertama...


Uols yang saya sayang, saya nak kongsi ni sebab nak uols berhati hati and fikir sebelum menjalinkan hubungan dengan semua orang coz i sayang kat uols semua, pilihlah jalan terbaik, tak semestinya poligami tu buruk but selalunya tak happy, saya ada kawan yang bapanya ada 4 isteri tapi diorang semua SANGAT happy, dari isteri pertama sampailah ke empat and anak anak diorang semuanya happy and baik dengan adik beradik berlainan ibu , harmoni, sampai saya yang jealous! Tapi semestinya ada cerita tak seindah macam kawan saya satu tu, setakat ni dia sorang jer macam tu, Apa yang saya cerita ni is from my own pengalaman dan pengalaman kawan kawan sekeliling saya, saya ada sorang kakak angkat nie bercinta and kahwin dengan suami orang, suaminya berasal dari negara jiran, kahwin simple yang hanya cukup syarat dalam islam, akad nikah , wali adik kawan saya sendiri and saksi mak kawan saya sendiri dan beberapa family terdekatnya...ok uols benda nie SEMUA yang bercinta and yang nak berkahwin dengan suami orang akan rasa, sebelum kahwin semua cakap sanggup, rela, demi cinta...TAPI lepas kahwin MashaAllahhhhh....hidup dia tak pernah aman...dia dok tunggu bila lah suami dia nak bagitau wife dia yang dia dah kawin lagi satu, memang suaminya tak bagitau pun sampai dia sendiri yang bagitau! haaa sejak dia bagitau mulalah dia kena serangan serangan dari isteri pertama...selalunya melalui sms sebab isteri suaminya jauh di negara jiran...macam macam ayat keji seperti "bitch"  sundal perampas...dan sebagainya, so mereka berdua jer gaduh, suami dok relex jer sebab pada suami tadi dia dah adil, bagi harta sama rata, spend time waktu sama rata, sebab suaminya pilot yang bekerja based in Malaysia, so bila cuti dia balik ke negaranya, kalau kerja dia berada di Malaysia...itu pun kawan saya rassa tak adil sebab waktu cuti lah dia nak bersama suami, bukan waktu kerjanya...ntahlah...sementara dua orang tu bergaduh dalam hand phone suami dia senang hati jer...

So memang sebelum kahwin memang kita cakap kita boleh terima, sebab kita sayang dia, kia bukan nak cerai beraikan perkahwinan tapi benar benar sayang...bla bla bla, kita boleh cakap apa saja sebelum kahwin but selepas??? lepas nak kena maki hamun isteri pertama?

2) Setabah mana uols dan suami uols dengan serangan serangan, caci maki dan ugutan isteri pertama?

Ingat isteri pertama yang umpama ketua tambah pula if dia ada beberapa anak dengan suami.So dia akan ugut suami yang dia minta cerai, minta harta sebanyak banyaknya untuk sara dia dan anaknya, dia boleh menang di mahkamah and minta semua tu dengan suami sebab kahwin lain tak bagitau dia, sambil tu anda pun kena maki hamun bertubi tubi dalam sms, so u and suami u dah start tension...ingat, maybe betul uols dengan suami uols benar benar cinta mencintai, tapi bila ada serang serangan macam nie mambuatkan suasana menjadi SANGAT tegang, disinilah kita akan fahami maksud "cinta sahaja tidak mencukupi" "love is not enough"...dia kena ugut + anda kena maki= punca anda dan suami anda bergaduh! Cemana nak tenang dan bilakan or manakah letaknya "bahagia" dalam sebuah perkahwinan tadi?

3)Kalau dia boleh tipu isteri pertama, tak mustahil dia boleh tipu you untuk dapatkan yang ketiga?

Kebanyakkan pengalaman yang saya share, seseorang lelaki tu mula "mencari" lain bila isterinya sedang mengandung...sebab isteri mula berubah fizikal, mood swings, takder mood nak have sex... kawan yang pertama saya tadi baru tahu rupanya pada masa dia dan suaminya tengah dating dulu, isteri pertamanya tengah mengandung, kawan kedua saya pun sama, now dia baru nak menjalinkan perhubungan dengan suami orang sebab sangat tertarik dengan peribadi lelaki taddi yang "manly" bukan "boyish"...memang lelaki yang dah berkahwin tak perlu mulut manis untuk dapatkan sesuatu, mereka ni lebih cilik and gunakan psychology, seperti kenalkan dengan kawan kawan diorang yang kawan saya ni gf dia, kawa kawan saya tak pun dibuai angau sebab pada diorang kenapa dia berani bagitau kawan kawan dia dia ni gf dia...sebab dah tentu tu kawan kawan dia! cuba lelaki tu bagitau sikit kat kawan kawan isteri dia, ada beran??? perempuan mudah dibuai angau tanpa memikir kecilikkan lelaki tadi...dia mungkin tak tipu kawan kawan dia tapi dia dah tipu ISTERI dia...dah la bini dia mengandung! So kalau dia boleh tipu isteri dia sendiri, tak mustahil dia boleh tipu anda pulak masa uols tengah mengandung and tengah gemok and sarat...kawan saya cakap dia rasa sampai if lelaki tu kahwin yang ketiga pun dia tak kisah! waaahhhhhhhhhhhhh HEBAT lelaki tadi, saya salute dia, memang terer psycho orang...ooohhhh kawan ku, memang la sebelumkahwin semua boleh...unless u kahwin ada sebab, duit ke apa ke then i rasa baru uols tak kisah isteri ke berapa pun...tapi kalau kerana cinta memang mengundang bencana diri sendiri...tambah pulak if uols tengah mengandung! masa tu dengan emosi yang tak menentu, tiba tiba dapat tahu dia pasang lain, cuba bayangkan perasaan isteri pertama masa dia mengandung dulu, put yourself in her shoes! uols kan sama sama perempuan...sakit tak sakit tak sakit tak?

3) Isteri pertama is the master mind jua...

Masa saya dengan ustaz A, memang betul ikhlas dari hati saya bukan nak rampas suami orang, saya ckap ngan ustaz kalau wife dia tahu saya tak mahu sampai bercerai berai, saya rela mengundur diri and YES that is what i did, because I love him, the reason i depression ya amat sangat is sebab dia tak bagitau isterinya dah tau...dia lari n taknak berdepan...laer then i know dia kena panggil pejabat KADI , JAIS dan JAKIM sebab dia penceranah bebas kan, takkan dia nak pilih saya yang lain jalan hidupnya...biarlah dia bahagia...But memang selalunya suami memang dengar dan akur dengan isteri pertama sebab takut kehilangan harta dan anak anak, isteri pertama memang pancing menggunakan anak anak sebagai umpan..

4) If nak kahwin menjadi isteri kedua, make sure pendaftaran sah! (girls terutamanya, please make sure of this!)

Banyak nak kahwin satu lagi diorang buat kat luar or senyap senyap kat sini, make sure pendaftaran sah kalau tidak, dia boleh tinggalkan uols macam tu jer...terutama bila keadaan menjadi amat tegang...

Uols semua deserve the best in life, fikirlah kalau kita kahwin kalau boleh hanya sekali dalam hidup, biarlah kita mendapat kebahagiaan dan kenikmatan perkahwinan tu...so sekarang yang peliknya suami kawan saya sebenarnya dah bercerai dengan isteri pertamanya di negara seberang tapi masaalahnya, kenapa dia tak bagitau kawan i sampai hari ini??? saya dan kawan saya tengah tunggu bila agaknya dia akan bagitau, dia masih balik ke negaranya macam biasa seolah olah dia masih ada isteri kat sana, yes mungkin kerana anak anak, tapi kenapa tak bagitau kawan i??? dia pun ada sorang anak ngan kawan i nie, ingatlan lepas ada anak suami dia akan bagi perhatian juga pada dia tapi anggapan itu salah...tapi nampak benar dia tak endahkan anak yang disini dari yang disana...dah hampir 6 bulan dia dah bercerai, tapi dia tak bagitau kawan i, mungkin nak pasang satu lagi sebab akibat tekanan tekanan yang datang dari isteri pertama dulu membuatkan mereka selalu bergaduh, bertekak dan akibatnya mereka tak bahagia dan sekarang dia nak cari yang lain? Pendafaran perkahwinan mereka tak sah masa kawan saya check, perkahwinan mereka sah disudut agama, tapi dari law Malaysia pendaftaran tidak sah, so lelaki tu boleh pergi bila bila masa tanpa meninggalkan satu sen pun...

5) Takdir

Kita sebenar tak boleh menolak takdir yang elah ditentukanNYA...tapi kita kena tahu bezakan takdir dengan kebodohan, Allah memberikan akal dan fikiran, jangan turutkan emosi, dah hati lebih dari akal fikiran, "ikutkan hati..mati" kata pepatah melayu...saya pernah terdengar kisah perempuan ni dalam radio sebab dia marahkan bapa dia kahwin lagi satu, mungkin mulut dia laser sangat kat bapa dia, so Allah nak tunjukkan pada dia, dia marah bapa dia and bapa dia cakap itu semua takdir, dia menolak keras dia kata "takdir boleh di elak", akibatnya mula mula dia jatuh cinta dengan sorang lelaki ni, dia sayannnggg sangat, tapi suami orang, kerana dia teringat kata kata dia pada bapa dia dulu, dia tinggalkan lelaki tadi, tapi sekarang setiap kali dia jatuh cinta, mesti suami orang...itulah uols...kita kena jaga mulut kita nie...hukum karma...jangan kita celupar sangat...Wallahualam...

Kesimpulannya, berhati hati and kaji diri kita sebelum berani berpoligami, soal perasaan dan emosi bukan salah suami jika ANDA yang rasa tidak adil, and bersediakah anda dengan serangan serangan isteri pertama dan risikonya, suami juga kena bersedia dengan risiko tapi lebih kepada anda, suami ni kalau dia dah tunaikan keadilan dia, dia dah boleh dok relax and samaada dia nak ambik pusing kerenah madu madu dia itu hak dia sebab sebagai suami dia dah tunaikan kewajipan, dah adil, dia tak berdosa..dari apa yang saya lihat ada yang bahagia tenang dan damai berpoligami, tapi BANYAK yang tidak bahagia lebih dari yang bahagia...

Kawan kawan saya dalam cerita ini sya tidak bagitau namanya untuk perlindungan mereka , tapi kawan kawan saya yang hanyut dalam percintaan dan perkahwinan cinta suami orang ini sangat cantik! Cuma saya rasa kesian dan cuba nak tolong diorang sedaya mungkin, pada uols, fikirkanlah yang terbaik untuk uolsSs k...kalau kita isteri pertama masih bagus lagi sebab isteri kedua yang perlu hormati kita dan kita yang somehow mastermind dalam perhubungan ini...So walaupun uols dengan suami orang tu benar benar cinta, benar banar sayang, bagus lah cuma ingatlah risikonya, pada lelaki yang dah berkahwin lebih dari satu tu, handle awal bincang baik baik and fahamilah risikonya...perkahwinan bukan soal main main pihak lelaki mestilah adil, kesian kat kawan kawan i k! if jadi kawin dua bukan macam lagu "senangnya dalam hati, bila beristeri dua" macam cerita Madu Tiga tu, malah sebaliknya... macam cerita tu juga, Abang Jamil bukannya lagi senang malah jadi porak peranda! akhirnya dia kena kejar! tukar sikit liriks, jangan jadi pembohong...jangan kaki temberang...hehe, nak berpoligami nie you kena faham dan tahu macam mana nak hadapi masaalah dan risiko sekarang dan bakal anda hadapi di masa akan datang and manalah tahu nasib anda baik boleh jadi macam salah satu kawan i yang bapanya kawin 4 and semua dalam family dia bahagia...terpulang dan jaga jaga k...


"we must learn from our mistakes coz its part of growing up"





No comments:

Post a Comment